Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Tindakan Pantas Polis Berjaya...

KUCHING - Tindakan pantas polis, ditambah dengan penggunaan aplikasi WhatsApp secara efisien, berjaya...

Ejen Guna MyKad Daftar...

KUALA LUMPUR - Syarikat telekomunikasi digesa membuat pengesahan terperinci mengenai maklumat MyKad yang...

SC Kaji Semula Garis...

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sedang mengkaji semula garis panduan ketekunan...

KPKT Henti Pengeluaran AP...

KUALA LUMPUR - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menghentikan permit pengeluaran lesen...

Tidak Terburu-buru Buka Laluan Tanah Runtuh Jalan Simpang Pulai-Blue Valley

BATU GAJAH: Laluan Jalan Simpang Pulai-Blue Valley yang terjejas akibat tanah runtuh baru-baru ini, tidak boleh dibuka secara terburu-buru kepada pengguna.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ini adalah kerana kerja-kerja baik pulih cerun sepanjang 100 meter yang terjejas itu perlu dibuat secara berhati-hati oleh unit cerun Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Saya yakin (cerun runtuh) masih dalam proses pembaikan dan mendapat nasihat teknikal terutama sekali dari unit cerun Ibu Pejabat JKR.

“Selepas mereka berpuas hati kawasan itu selamat untuk digunakan baru dia akan umum (pembukaan semula laluan),” ujarnya.

Saarani berkata demikian dalam sidang media selepas membuat lawatan kerja di Kapal Korek Tanjung Tualang No.5 (TT5) dan Maze Garden di sini, pada Khamis.

Menurut Saarani, kerja-kerja baik pulih itu berada di bawah tanggungjawab dan pemantauan JKR.

“Kerajaan negeri sebenarnya tidak boleh nak masuk campur sangat, ini kerana ia sangat teknikal dan terletak di bawah tanggungjawab JKR sepenuhnya.


“Saya yakin mereka kena buat secara berhati-hati dan kalau terpaksa ambil masa yang panjang itu pun mereka perlu buat kerana ia tidak boleh dibuat secara terburu-buru, takut nanti akan runtuh semula dan akan memakan kos yang lebih berganda,”katanya.

Dalam masa sama, Saarani berkata, pihak JKR perlu mengambil kira risiko pergerakan tanah yang mungkin masih berlaku di kawasan terbabit.

“Kita kena buat kajian sama ada potensi berlaku pergerakan tanah di kawasan itu atau di kawasan lain… setakat ini kita belum mendapat maklumat berapa lama laluan akan ditutup.

“Kita tidak terdesak sangat (buka laluan) sebab orang masih ada laluan di Tapah, tapi tentulah kita gembira kalau kawasan itu selamat dan mudah dilalui, kerana sedikit sebanyak beri sumbangan kepada negeri Perak,” katanya.

Baru-baru ini media melaporkan laluan yang terjejas dijangka dibuka hari ini sekiranya keadaan cuaca mengizinkan.

Awani-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori