Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Pengambilalihan FGV Perlu Utamakan...

KUALA LUMPUR - Kaukus Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara mahu pengambilalihan FGV Holdings Berhad...

Pelajar IPT Boleh Mohon...

KUALA LUMPUR - Pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) boleh membuat permohonan baucar buku...

MRSM Elit Belum Wujud...

KUALA LUMPUR - Kerajaan ketika ini belum mewujudkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)...

Wanita Meluncur Sambil Pakai...

ANDA mampu berluncur dengan memakai kasut tumit tinggi? Jangan terkejut kerana wanita ini,...

Tindakan Pantas Berjaya Elak Pencemaran Sungai Semenyih

Shah Alam : Tindakan pantas Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) berjaya mengawal dan mengelakkan potensi pencemaran susulan aduan insiden air berbuih di Kampung Rinching Tengah, Semenyih, di sini semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan dan Alam Sekitar, Hee Loy Sian berkata, pihak LUAS menerima aduan berhubung insiden berkenaan pada jam 8.45 pagi.

Katanya, siasatan awal LUAS mendapati ada kesan berbuih pada permukaan air anak Sungai Rinching iaitu anak Sungai Semenyih.

“Dalam siasatan menyeluruh bersama Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS), kita menemukan kesan berbuih di sekitar aliran longkang dari kawasan premis kilang berdekatan Fasa 7 Kesuma Beranang.

“Siasatan LUAS diteruskan sehingga menemukan sebuah premis kilang pembuatan makanan yang disyaki melepaskan efluen berbuih ke dalam longkang berhampiran yang mengalir ke anak Sungai Rinching.

“LUAS, MPKj dan JAS turut menjalankan siasatan lanjut di dalam premis kilang berkenaan malah MPKj mengeluarkan kompaun kepada premis berkenaan di atas kesalahan melakukan pencemaran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Loy Sian berkata, tindakan pensampelan efluen di titik pelepasan akhir dijalankan oleh LUAS bersama JAS dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisa.

“LUAS juga mengambil beberapa sampel di lokasi berbeza iaitu di kawasan insiden pencemaran, aliran selepas premis kilang, dan juga di hulu aliran longkang sebelum kilang itu bagi tujuan analisa.


“Bagaimanapun, pemantauan LUAS mendapati tiada aliran berbuih di kawasan hulu longkang berdekatan kilang terbabit,” katanya.

Mengulas lanjut katanya, LUAS membuka kertas siasatan berdasarkan Seksyen 79 (1) Enakmen LUAS 1999 yang memperuntukkan denda minimum RM200,000 dan maksimum RM1 juta dan penjara tidak kurang tiga tahun.

“Tindakan bersepadu ini berjaya mengelakkan risiko henti tugas operasi loji rawatan air (LRA) dan seterusnya gangguan bekalan air kepada pengguna.

“Sehingga kini sebanyak 14 isu pencemaran (Kod Kuning) berjaya diatasi di Lembangan Sungai Langat yang berisiko kepada henti tugas LRA.

“Kerajaan negeri tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melakukan jenayah pencemaran sumber air dan tindakan tegas akan diambil selaras peruntukkan Enakmen LUAS 1999,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori