Semalam Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menitahkan kerajaan Johor siap siaga mendepani kemungkinan banjir di negeri itu.
Baginda bertitah demikian sejurus menerima laporan ramalan cuaca dan status aras air di beberapa sungai di Johor.
Tunku Ismail menitahkan semua pegawai daerah dan agensi-agensi di Johor untuk mengambil langkah sewajarnya.
Menitahkan mereka memastikan jentera, peralatan dan persiapan rapi dibuat serta bersedia untuk dikerahkan pada bila-bila masa.
“Semua agensi kerajaan hendaklah sentiasa memantau situasi terkini sepanjang masa untuk memastikan Johor bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan.
“Agensi-agensi berkenaan juga mesti memaklumkan kepada rakyat maklumat masa nyata dengan cepat jika apa-apa berlaku”
Syabas Tunku Mahkota Johor kerana sentiasa mengambil berat soal rakyat Johor pada setiap masa dan keadaan.
Membuatkan rakyat Johor berasa yakin tentang keselamatan dan kebajikan andai berlaku banjir di negeri itu.
Gaya kepimpinan seperti ini yang rakyat perlukan. Sentiasa mendahului kemungkinan kerana ‘sediakan payung sebelum hujan’ besar manfaatnya.
Bukan sudah terhantuk baru tengadah. Selepas banjir sudah tiba baru hendak bermesyuarat dan merancang bagaimana untuk menyelamatkan.
Ibarat manusia sudah ke bulan melihat bumi dari angkasa lepas, mereka masih membincangkan tentang bagaimana roket berfungsi.
Paling ‘best’ dengan satu ‘sounding’ oleh Tunku Ismail sudah cukup untuk menggerakkan keseluruhan jentera jabatan dan agensi kerajaan negeri.
Ini karisma seorang pemerintah. Tonggak utama yang dituruti seluruh anggota pentadbiran selagi tidak menyanggah hukum hakam.
Bukan menjadi seorang pemimpin yang sewenang-wenangnya boleh diperkotak katikkan oleh sesiapa sehingga sukar membuat ketetapan dan dasar.
Mahu membantu rakyat dilanda musibah banjir pun begitu sulit gara-gara ada banyak hati ketua parti berbeza yang perlu dibelai dan dijaga.
Mynewshub-