Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Produk Agromas Dalam Pesawat...

GOPENG - Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia berminat untuk menggantikan barangan makanan dan...

Keluarga Nora Anne Berang...

NILAI - Keluarga remaja perempuan warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, yang hilang...

Gigi Susu Boleh Selamatkan...

BETHESDA - Perbuatan menyimpan gigi susu mungkin mampu menyelamatkan nyawa anak-anak pada masa...

Mengaku Tidak Salah Ugut...

AMPANG - Seorang bekas pengurus sebuah produksi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret...

UiTM Juara Golf Antara Universiti Awam Ke-48

KUALA LUMPUR : Pasukan Universiti Teknologi MARA (UiTM) muncul juara Kejohanan Golf Antara Universiti Awam Malaysia ke-48 selepas meraih dua pingat emas selain tiga perak dan dua gangsa.

Universiti Putra Malaysia (UPM) pula muncul naib juara dengan memenangi dua pingat emas manakala Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) berada di tempat ketiga dengan jumlah pingat sama.

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) meraih satu emas dan dua perak untuk berada di kedudukan keempat keseluruhan manakala Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di tempat kelima dengan dua perak dan satu gangsa.

Kejohanan yang bermula dari 7 hingga 8 Disember lalu dan diadakan di Kelab Golf Kota Permai, Kelab Golf Glenmarie dan Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam itu menyaksikan 296 pemain berentap.

Pemain yang mengambil bahagian terdiri daripada warga kerja universiti dan dilangsungkan dalam empat kategori iaitu gross, nett, VVIP dan jemputan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan UiTM, universiti itu turut berbangga apabila diberikan penghormatan dan kepercayaan menjadi tuan rumah kepada pertandingan berprestij berkenaan.


Untuk rekod, kejohanan ini sepatutnya berlangsung dari 26 hingga 27 Ogos lalu, namun terpaksa ditunda akibat pandemik COVID-19.

Dalam pada itu, Naib Canselor UiTM, Profesor Dr Roziah Mohd Janor berharap kejohanan golf itu akan diteruskan lagi pada masa akan datang bagi memperkukuhkan lagi hubungan dan rangkaian antara semua pemain golf dalam kalangan staf universiti awam di negara ini.

“Kita berharap kejohanan ini menjadi arena permuafakatan antara semua universiti awam selain menzahirkan keyakinan dan dapat membentuk lebih banyak jaringan dalam kalangan peserta untuk berkongsi pendapat dan kepakaran masing-masing secara lebih inklusif dan kukuh bagi memacu kualiti pendidikan univeristi awam Malaysia,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori