Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Remaja 16 Tahun Mati...

MELAKA - Hasrat seorang remaja berusia 16 tahun menyambut Hari Keluarga di pantai...

Bila Pengasas Facebook Bertutur...

Bahasa Mandarin adalah bahasa yang sukar, tetapi bagi pengasas Facebook, Mark Zuckerberg, beliau tidak...

Tingkat Kerja Sama Bantu...

KOTA BHARU - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V mahu kerjasama antara kerajaan negeri...

Sanjeevan Akan Pulangkan Kembali...

KUALA LUMPUR : Pengerusi Badan Bertindak Pemerhati Jenayah (MyWatch), R Sri Sanjeevan akan memulangkan balik Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran datuk.

UK Sahkan 3,201 Lagi Kes Varian COVID-19 Omicron

LONDON: Sejumlah 3,201 kes varian Omicron dikesan di United Kingdom (UK), menjadikan jumlah Varian Membimbangkan (VOC) itu meningkat kepada 14,909 kes.

Dalam pada itu, 93,045 kes baharu COVID-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu, sekali gus memecah rekod kes tertinggi untuk tiga hari berturut-turut.

Pertambahan kes itu menaikkan jumlah kumulatif kes positif di UK kepada 11,190,354 kes setakat Jumaat lalu.

Jumlah kematian akibat COVID-19 di negara itu juga bertambah kepada 147,048 kes selepas 111 lagi individu dilaporkan meninggal dunia.

Perdana Menteri, Boris Johnson menegaskan, varian Omicron menjadi ancaman serius dan beliau menjangkakan satu gelombang lebih serius bakal berlaku.

Setakat ini, lebih 81 peratus golongan berusia 12 tahun ke atas sudah menerima suntikan lengkap dan lebih 44 peratus mendapat suntikan dos penggalak.

Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte, mengumumkan pelaksanaan perintah berkurung sepanjang tempoh Krismas untuk cuba menghentikan lonjakan varian Omicron.


Beliau berkata, semua kedai yang dikategorikan tidak penting, restoran, bar, pawagam, muzium dan teater ditutup bermula hari ini hingga 14 Januari, manakala sekolah ditutup sehingga sekurang-kurangnya 9 Januari ini.

“Bilangan tetamu yang dibenarkan berkunjung ke rumah juga dikurangkan daripada empat orang kepada dua orang, kecuali pada Hari Krismas 25 Disember ini.

“Saya berdiri di sini malam ini dengan perasaan yang suram, bagi meringkaskan dalam satu ayat, Belanda akan kembali berkurung hari ini,” katanya pada sidang akhbar yang disiarkan di televisyen.

Beliau berkata, pelaksanaan perintah itu tidak dapat dielakkan berikutan varian Omicron menular lebih cepat daripada yang dijangkakan dan terpaksa mengambil langkah pencegahan lebih awal.

Sementara itu, Ketua Pengurusan Wabak Belanda, Jaap van Dissel, memberitahu sidang akhbar bahawa Omicron akan mengatasi varian Delta sebelum ini untuk menjadi dominan di Belanda menjelang akhir tahun ini.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori