Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Cub Prix: Belum Masa...

MOHD Zaqhwan Zaidi enggan mengalah meskipun saingan kategori CP150 Kejuaraan Cub Prix AAM...

MAXIS Tawarkan Rebat RM5...

MAXIS telah memperkenalkan sokongan pembelian aplikasi menggunakan kredit prabayar atau pascabayar sebelum ini. Kini...

Mastura Antara 126 Calon...

KUALA KANGSAR – Penyandang kerusi Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Mastura Mohd Yazid antara...

Jho Low Bayar AS$20...

Ahli perniagaan dalam buruan Jho Low dikatakan membayar penyanyi rap Pras Michel AS$20...

Umum Kalendar Liga M Januari Depan

LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) mengesahkan kalendar Liga Malaysia (Liga M) musim depan akan diumumkan pada awal bulan depan bagi memastikan semua pihak lebih bersedia dengan perjalanan jadual yang telah diatur.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam berkata, pihaknya masih lagi merangka jadual saingan Liga M khususnya Liga Super dan Liga Premier ke­rana masih menunggu kalendar pertandingan di bawah anjuran Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

“Kita akan umumkan kalendar baharu Liga M musim 2022 selewatnya awal Januari depan.

“Ini kerana, pihak kami masih lagi dalam proses merangka ja­dual selain menunggu cadangan pertukaran tarikh pertandingan anjuran AFC.

“Sudah tentu harapan MFL pada saingan musim depan adalah tiada lagi penundaan saingan liga ekoran pandemik Covid-19 sehingga menjejaskan perancangan awal yang telah diatur,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Terdahulu, MFL sebagai pe­ngelola liga tempatan turut dipersalahkan sebagai punca kegagalan Harimau Malaya tampil menyerlah pada saingan Piala AFF Suzuki 2020 di Singapura selepas tersingkir di peringkat kumpulan baru-baru ini.


Stuart me­ngakui pihaknya tidak mempunyai sebarang isu berbangkit dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi saingan musim lepas sebaliknya masalah kelewatan tiba menerusi sekatan seperti arahan kuarantin dan sebagai­nya.

“FAM sedia maklum dengan jadual yang kita buat, tetapi masalah berlaku dengan keka­ngan pandemik tahun ini yang mana pasukan negara perlu menjalani kuarantin untuk tempoh yang lama selepas selesai tugasan antarabangsa.

“Bukan jadual tempatan menjadi gangguan kepada pasukan kebangsaan sebaliknya jadual skuad kebangsaan dengan kuarantin mengganggu liga tempatan,” katanya.

Sebelum ini skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe hanya mampu mengumpulkan skuad penuh empat hari sebelum kejohanan Piala AFF Suzuki 2020 selepas saingan final Piala Malaysia hanya berakhir pada 30 November lepas.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori