Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pertandingan Ratu Cantik Unta...

RIYADH – Pertandingan ratu cantik unta yang diadakan setiap tahun menarik minat ramai...

Tiada Tol Bagi Lebuh...

KUALA LUMPUR – Lebuh raya Central Spine (CSR) sepanjang 411 kilometer yang menghubungkan...

Jenazah Bapa Mohd Azizulhasni...

DUNGUN: Jenazah bapa kepada jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang selamat...

1 Lagi Kluster Baharu...

KUALA LUMPUR - Satu lagi kluster baharu di Tongod, Sandakan direkodkan di Sabah...

Wakil Kerajaan Lebih Baik Undur Diri – Khaled

KUALA LUMPUR : Wakil-wakil kerajaan yang keliru fungsi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) digesa berundur.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ia susulan kekeliruan tentang bagaimana kedua-dua badan berkenaan dikendalikan kerana mempunyai peranan yang berbeza.

Beliau berkata, kerajaan juga mesti mengambil pengajaran bahawa kelemahannya dalam menangani krisis melanda tidak mudah dilupakan rakyat negara ini.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sejak awal nampaknya bersendirian dalam pengurusan krisis ini. Walaupun beliau segera turun kelapangan dan gigih mengumumkan pelbagai intervensi kerajaan, kemarahan rakyat terhadap prestasi anggota Kabinet lain amat sukar dibendung.

“Mereka tidak sedikitpun memaparkan kebingkasan setimpal 90 peratus markah pencapaian prestasi mereka. Mewarisi Kabinet yang lemah dari kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang gagal adalah masalah Malaysia perlukan penyelesaian.

“Malaysia akan terus berhadapan dengan pelbagai lagi krisis alam sekitar dan ekonomi yang tidak terjangka. Negara memerlukan anggota Kerajaan yang berprestasi dan kompeten,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Dalam pada itu, beliau berkata, Ismail Sabri berpeluang melakukan penetapan semula selain sendiri mengetahui cara untuk melakukannya.

“Wakil kerajaan yang berbaju Melayu segak dengan segala keramaian demi sebuah pelancaran gerakan kesukarelawanan, telah menjerumuskan kerajaan kepada kemuncak kemarahan rakyat.

“Paling malang ialah ketidakterlihatan ramai wakil kanan dan bukan kanan dalam Kabinet semasa krisis amatlah dikesali. Rupanya ramai yang telah pergi bercuti dalam keadaan negara berantakan,” katanya.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori