Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Kesetiaan Ghafar Perlu Diteladani...

MELAKA - Pemimpin-pemimpin UMNO perlu meneladani kesetiaan sepanjang hayat yang ditampilkan bekas Timbalan...

Miss Colombia Ditawar AS$1...

SIAPA sangka Miss Colombia, Ariadna Guttierez yang merupakan pemenang tempat kedua pertandingan Miss...

Harga Minyak Turun Lagi...

PUTRAJAYA – Harga runcit siling bahan bakar yang ditetapkan secara mingguan mulai 30...

Misi ‘Hidup Mati’ Kelantan...

KOTA BHARU - Kelantan berdepan misi 'hidup mati' ketika pasukan itu sedaya-upaya berusaha...

Warga Emas Lintas Jalan Maut Dilanggar Motosikal

ALOR SETAR : Hasrat seorang bapa untuk makan malam bersama keluarga tidak kesampaian apabila dia maut dilanggar motosikal ketika sedang melintas di Jalan Datuk Kumbar, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, Zahari Hashim, 74 tahun, dikatakan baru keluar dari sebuah kedai makan yang terletak di hadapan lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, kemalangan dipercayai berlaku ketika motosikal jenis SYM BX110 yang ditunggangi seorang lelaki datang dari arah Derga Jaya menghala ke pusat bandar.

“Setibanya di lokasi kejadian, penunggang motosikal itu dipercayai tidak nampak mangsa sedang melintas jalan lalu merempuhnya.

“Akibat rempuhan itu, mangsa terseret lebih lima meter sebelum terjatuh di atas jalan dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.


Ahmad Shukri berkata, mangsa disahkan maut di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang tiba di lokasi itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk tindakan lanjut.

-Awani

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori