Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

HSNZ Rayu Orang Ramai...

KUALA TERENGGANU - Unit Transfusi Darah Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) mengajak orang...

Wanita 33 Tahun Jual...

SHAH ALAM - Seorang wanita berusia 33 tahun dipercayai menjual pelekat sijil ketulenan Microsoft...

KFA Kenal Pasti 3...

ALOR SETAR - Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) sedang mengenal pasti tiga calon...

Puluhan Ribu Terus Serbu...

PUTRAJAYA - Hari kedua bagi sambutan Hari Peneroka FELDA Peringkat Kebangsaan 2017 kali...

Warisan Janji Letakkan Malaysia Di Landasan Yang Betul

Warisan , yang ditubuhkan dan berpangkalan di Sabah, hari ini secara rasmi melebarkan sayapnya di peringkat nasional, dengan komitmen untuk meletakkan negara di landasan yang betul.

Perkara itu dinyatakan presidennya, Shafie Apdal dalam ucapan di majlis pelancaran Warisan peringkat nasional, di Kuala Lumpur hari ini.

Shafie menjanjikan peralihan daripada politik berasaskan kaum dan agama kepada asas keterangkuman.

“Di mana silap kita? Di mana kita sekarang? Ini yang saya sangat bimbang.

“Kita sediakan landasan ini supaya berlaku perubahan struktur dalam politik. Perlu ada peralihan daripada sistem politik berasaskan kaum dan agama kepada kepelbagaian kaum yang lebih inklusif di negara ini.

“Peralihan perlu ada sekarang. Ia tak boleh ditunggu. Bukan, esok, mingguu depan, tahun depan. Kita mulakan hari ini di Kuala Lumpur,” kata Shafie.


Kata Shafie, banyak negara yang berjalan dengan baik tanpa parti berasaskan kaum mahupun agama.

“Sudah lebih 60 tahun merdeka (tapi) masih dibangkitkan persoalan kaum. Orang Melayu tak akan mati kalau tiada Umno.

“Islam negara (persekutuan) Malaysia (dan) tak akan lumpuh kalau tiada PAS. Orang Cina tak akan mati jika tiada DAP,” katanya lagi, yang menyifatkan isu kaum dan agama telah memecah-belahkan Malaysia.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori