Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Gaya Model Si Cilik...

JIKA ditanya mengenai dunia peragaan sekarang, pasti nama-nama model baru yang semakin popular...

“Saya Tak Lalok, Orang...

PELAKON jelita, Uqasha Senrose menyangkal dakwaan konon dirinya berada dalam keadaan lalok (khayal)...

Kontraktor, Subkontraktor SUKE Didenda...

KUALA LUMPUR - Kontraktor utama dan subkontraktor projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang...

Doktor Kecantikan Dihukum Penjara...

SINGAPURA - Seorang doktor kecantikan dihukum penjara tiga setengah tahun pada Khamis kerana...

Xavi Berang, Kecewa Barcelona Tersingkir

XAVI berang dan kecewa berikutan penyingkiran Barcelona daripada saingan Liga Juara-Juara awal pagi tadi.

Penyingkiran Barca disahkan dengan kekalahan 3-0 kepada pendahulu Kumpulan E Bayern Munich di Allianz Arena.

Ini bermakna Blaugrana tidak akan beraksi di pusingan kalah mati pertandingan tersebut buat pertama kali sejak musim 2003-04, dengan kemenangan Benfica ke atas Dynamo Kiev menyaksikan mereka muncul naib juara di belakang Bayern.

Malah, Barca hanya menjaringkan dua gol dalam enam perlawanan dan hanya meraih tujuh mata; jumlah keseluruhan mata kedua terendah dalam saingan kumpulan sejarah pertandingan tersebut.

Bagaimanapun, pengembaraan benua Eropah Barca diteruskan Februari nanti apabila mereka beraksi dalam saingan Liga Europa.

Mereka perlu kembali ke Liga Juara-Juara dengan terus menjulang trofi dan Xavi menegaskan ia adalah satu keperluan untuk kelab memandangkan senario semasa mereka.


“Saya sangat marah, namun inilah realitinya dan ia amat membuatkan saya berasa berang,” katanya.’

“Kami harus berdepan masalah ini. Era baru bermula hari ini, kami akan bermula semula dari bawah.

“Objektif Barca adalah Liga Juara-Juara, bukan Liga Europa.

“Tetapi realiti kami sekarang ialah Liga Europa, dan kami perlu memenanginya.”

Awani-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori