Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

‘Abam Handsome’ Jerat Gadis...

PETALING JAYA - Gambar-gambar 'abam handsome' (lelaki tampan) dilihat digunakan untuk menarik minat...

Dituduh Gila Kuasa, PAS...

KENYATAAN daripada wakil PAN menyifatkan PAS gila kuasa mengenai perlantikan Speaker DUN Kedah...

Pulau Pinang, Selangor Bukan...

KUALA LUMPUR - PAS memberi peringatan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang bukan milik...

SPR Buat Persediaan Menyeluruh...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sentiasa bersedia untuk menghadapi kemungkinan berlakunya...

Xi’an Saring Jutaan Penduduk

BEIJING: Bandar Xi’an di China mula melaksana ujian saringan COVID-19 ke atas berjuta-juta penduduknya hari ini, selepas mengesan lebih 40 kes baharu, sekaligus menimbulkan kebimbangan kemungkinan penularan lebih meluas, menjelang musim percutian.

China, negara asal usul kepada virus itu, berjaya mengawal penularan kes baharunya sejak pertengahan tahun lalu menerusi penutupan sempadan, sekatan bersasar dan kuarantin yang panjang ketika ia melakasana strategi sifar melawan COVID-19.

Namun, negara ekonomi kedua terbesar di dunia itu kini dalam usaha melawan penularan kes tempatan di beberapa bandarnya, termasuk hab perindustrian utama di timur dan selatan.

Xi’an, bandar bersejarah di barat laut China dan dihuni kira-kira 13 juta penduduk, merekodkan 42 kes baharu hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan dikesan sejak 9 Disember sebanyak 91 kes, menurut angka rasmi dari suruhanjaya kesihatan wilayahnya.

Pihak berkuasa tempatannya pula memaklumkan penutupan sekolah dan tempat rekreasi, sambil menggalakkan penduduk mengelak keluar dan berkumpul beramai-ramai.


Muzium menempatkan Tentera Terracotta yang terkenal di dunia serta makam maharaja pertama China berusia 2,000 tahun dalam satu kenyataan, turut memaklumkan penutupan bermula Ahad lalu, dalam usaha mencegah penularan wabak, namun tidak memperinci tarikh pembukaan semulanya.

COVID-19 bukanlah satu-satunya ancaman yang melanda Xi’an beberapa minggu kebelakangan ini, malah bandar itu juga mencatatkan beberapa kes demam yang boleh membawa maut, sejak awal musim sejuk.

Pihak berkuasa tempatan sudah menggesa penduduk bertenang dengan penyakit itu, sambil menjelaskan ia perkara biasa dialami di utara China dan penyakit itu juga mudah dicegah melalui pelalian.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori