Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pengasas Permainan Video ‘Pac...

LOS ANGELES - Perintis hiburan arked yang mempelopori permainan video popular 'Pac-Man', Masaya...

Korea Selatan Eksport Air...

SEOUL - Koperasi Pertanian Korea Selatan pada Rabu berkata ia telah mengeksport air...

Tak Payah Membazir Iklankan...

Semestinya, tindakan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem ini memang patut menerima...

2 Sahabat Dipenjara Sebulan...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret hari ini menjatuhkan hukuman denda RM500 dan sebulan...

11 Maut Banduan Cuba Lari Dari Penjara Haiti

PORT-AU-PRINCE : Sepuluh banduan maut dalam cubaan melepaskan diri daripada penjara yang menyaksikan seorang polis turut terbunuh dalam insiden pada Jumaat lalu.

Polis berkata, tiga lagi pegawai polis cedera parah dan dipindahkan untuk mendapat rawatan di Cuba.

“Jumlah kematian 11 orang termasuk seorang pegawai polis,” kata jurucakap polis, Gary Desrosiers mengenai insiden yang berlaku di Croix-des-Bouquets, di luar ibu kota Haiti.

Insiden bermula pada tengah hari Jumaat, apabila sekumpulan banduan yang bersenjata cuba lari keluar dari penjara kedua terbesar di negara itu.

Banduan itu menjadikan tiga pegawai polis dan seorang jururawat sebagai tebusan, menurut Desrosiers.


Banduan terbabit merampas tiga senjata disimpan di pejabat penjara ketika cuba memasuki ruang keselamatan, namun pasukan khas polis yang dipanggil, berbalas tembak dengan mereka.

Susulan itu, empat senjata yang diseludup ke dalam penjara ditemui termasuk tiga senjata dirampas daripada pengawal.

Pada Februari 2021, lebih 400 banduan cuba melarikan diri dari penjara sama, mengakibatkan 25 orang maut termasuk pengarah penjara.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori