Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Perodua Perlu Terus Berjaya...

PUTRAJAYA - Pengeluar kereta kompak terkemuka Malaysia, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua)...

Anwar Terima RM33,560 Ke...

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menerima elaun minimum RM33,560 setiap bulan daripada kerajaan setelah menandatangi Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik baru-batu ini yang menyaksikan beliau menerima taraf yang sama dengan seorang menteri.

Perkeso Beri Sinar Buat...

TELUK INTAN - Nasib seorang pekerja am yang lumpuh sebelah badan sejak tahun...

Beri Semula Mandat Kepada...

SABAK BERNAM – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meminta...

164 Laluan Transaksi RFID Sudah Mula Beroperasi

KUALA LUMPUR : Kira-kira 164 laluan yang mempunyai transaksi tol menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) untuk kenderaan ringan persendirian (Kelas 1) sudah mula beroperasi di laluan Juru, Pulau Pinang hingga ke Skudai, Johor di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) bermula 10 malam tadi.

Menurut Ketua Kecemerlangan Operasi PLUS Malaysia Berhad, Mohd Yusuf Bin Abdul Aziz, pihak PLUS menyediakan sekurang-kurangnya satu lorong RFID di semua 83 plaza tol yang terdapat di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan.

Setakat ini terdapat kira-kira 1.5 juta pelanggan lebuh raya yang menggunakan RFID Touch ‘n Go untuk membayar tol di kebanyakan lebuh raya lain khususnya di Lembah Klang.

“Sekurang-kurangnya setiap plaza tol yang berada di jajaran PLUS ini akan ada satu lorong keluar dan satu lorong masuk.

“Tetapi plaza besar seperti plaza tol Jalan Duta kita akan sediakan lebih untuk memastikan kelancaran perjalanan pengguna lorong RFID,” katanya.

Pengguna lebuh raya yang mahukan teknologi RFID dalam melancarkan perjalanan mereka perlu mendapatkan pelekat RFID Touch ‘n Go dan seterusnya wajib aktifkan akaun e-Wallet.


Pelekat RFID Touch ‘n Go dijual dengan harga RM35 di pusat pemasangan RFID yang sah di seluruh negara dan juga secara dalam talian, tambah PLUS.

Maklumat lanjut berhubung RFID boleh layari laman web http://rfid.plus.com.my.

PLUS juga mensasarkan penggunaan teknologi RFID secara menyeluruh untuk semua kelas kenderaan di masa hadapan.

Ini termasuk pengguna bagi kenderaan bukan persendirian termasuk agensi kerajaan dengan mewujudkan satu akaun khas bagi kategori itu yang dijangka akan diumumkan pada hujung Februari depan.

-Awani

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori