Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

[RASMI] Sheikh Umar Gagal...

JOHOR BAHRU : Calon DAP, Sheikh Umar Bagharib Ali gagal mempertahankan kerusi Dewan...

Dua Bayi Dibeku Hidup-Hidup...

MAYAT dua bayi ditemukan 'dibekukan hidup-hidup' di sebuah rumah di Ukraine. Mirror melaporkan menurut...

Wanita Trauma Lepas Rakam...

WANITA yang merakam video kejadian dua beradik perempuan bunuh diri dengan terjun dari...

Kelantan Dapat Suntikan Semangat...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berpuas hati dengan persembahan The...

23 Warga Australia Dalam Kapal Penghantar Bantuan Kecemasan Ke Tonga Positif COVID-19

WELLINGTON: Hampir dua dozen petugas pelayaran yang menaiki kapal tentera Australia bagi penghantaran bantuan kecemasan ke Tonga, disahkan positif COVID-19.

Agensi berita AP pada Selasa melaporkan, situasi 23 petugas yang positif itu mencetuskan ketakutan dan risiko jangkitan koronavirus ke Tonga – negara Pasifik yang setakat ini memiliki rekod bebas dari penularan COVID-19.

Menteri Pertahanan Australia, Peter Dutton berkata, kerajaannya kini bekerja rapat dengan pihak berkuasa Tonga bagi memastikan kapal tentera itu kekal di perairan jauh supaya tidak membawa ancaman kepada rakyat Tonga yang berpopulasi 105,000 orang itu.

Pihak berkuasa Tonga, sejak dilanda bencana letusan gunung berapi dasar laut 10 hari lalu, sangat berwaspada dalam menerima bantuan antarabangsa kerana khuatir berlaku ‘bencana kesihatan’ yang lebih teruk.

Dalam tragedi letusan itu, tsunami terbentuk hingga memusnahkan banyak kediaman, sementara debu gunug berapi telah mencemarkan bekalan air minuman.


Sejak pandemik bermula, Tonga hanya melaporkan satu kes COVID-19 dan telah ditangani sekali gus berjaya menghindari bahaya penularan. Ia merupakan salah satu daripada beberapa negara di dunia yang bebas virus itu.

Menurut statistik Our World in Data, kira-kira 61 peratus rakyat Tonga sudah lengkap divaksin.

Awani-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori