Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Hanya Jemaah Menteri Boleh...

KUALA LUMPUR : Kuasa bagi membubarkan Majlis Pemulihan Negara (MPN) tertakluk kepada Jemaah...

Bekalan Air Pulih Sepenuhnya...

KUALA LUMPUR - Bekalan air di beberapa kawasan di Hulu Selangor yang terjejas...

Remember Your Loved Ones...

KUALA LUMPUR - You can call it an ‘interactive memorial’ or a ‘digital...

Kerajaan Lulus Pelarasan Gred...

PUTRAJAYA - Kerajaan meluluskan pelarasan gred pegawai perubatan kontrak daripada gred UD41 kepada...

3,195 Kes Tipu Pelaburan Babit Kerugian RM245 Juta

KUALA LUMPUR: Polis merekodkan sebanyak 3,195 kes penipuan pelaburan sepanjang tahun lalu membabitkan kerugian RM245 juta, berbanding 1,671 kes dengan kerugian RM183.7 juta pada tahun 2020.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Mohd Kamarudin Md Din, berkata seramai 1,833 individu ditahan dalam kes penipuan itu pada tahun lalu manakala 906 individu ditahan pada tahun 2020.

“Skim penipuan pelaburan sememangnya mudah untuk menarik perhatian orang ramai terutama membabitkan pulangan keuntungan besar dengan pakej pelaburan mampu milik.

“Skim pelaburan ditawarkan kebiasaannya hanya memerlukan modal permulaan rendah dan diiklankan melalui media sosial seperti Facebook, Youtube, WeChat serta WhatsApp,” katanya pada sidang media di Menara KPJ, di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Mohd Kamarudin berkata, pihaknya setakat ini tidak menerima sebarang laporan berhubung kes sindiket pemberi pinjaman wang tanpa lesen atau ‘ah long’ menawarkan pinjaman kepada mangsa banjir.


“Bagaimanapun, kita akan terus memantau perkara ini. Sekarang ini memang ramai membantu mangsa banjir dan memang kita galakkan perkara berkenaan.

“Kita perlu memastikan tiada yang mengambil kesempatan dan menipu mangsa banjir,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori