Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Najib Meriahkan Sambutan Deepavali...

KUALA LUMPUR - Kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di perkarangan...

Harga RON95, RON97, Diesel...

PUTRAJAYA - Harga runcit petrol RON95 dan RON97, masing-masing turun sebanyak 7 sen...

Pelajar, Pekerja Restoran Maut...

MELAKA: Dua wanita, termasuk seorang pelajar Tingkatan Lima meninggal dunia dalam kemalangan membabitkan...

Syabas PH! Hutang Negara...

KUALA LUMPUR – Hutang rasmi negara sudah mencecah RM800 bilion hari ini, dakwa...

4 Sungai Di Johor Melebihi Tahap Bahaya

PETALING JAYA – Sejumlah empat sungai di Johor merekodkan paras air melebihi tahap bahaya ekoran hujan berterusan.

Menerusi portal Info Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), beberapa sungai turut mencatatkan peningkatan sekali gus berisiko untuk menyebabkan banjir di kawasan berkenaan.

Empat sungai melibatkan kawasan di Muar dan Mersing melepasi paras bahaya antaranya Sungai Muar di Liang Batu, Muar menunjukkan sungai itu berada pada paras 2.75meter (m) dengan trend menurun serta Sungai Muar di Panchor, Muar mencatatkan bacaan 2.54m melebihi tahap bahaya sebanyak 0.41m.

“Di Sungai Pagoh, di Kampung Olak Sepam, Muar juga terus meningkat dengan bacaan 3.49m melebihi tahap bahaya sebanyak 1.14m dengan trend menaik.

“Sementara itu, turut melebihi paras bahaya melibatkan Sungai Endau di Kampung Labong, Mersing dengan bacaan 2.28m melebihi tahap bahaya sebanyak 0.8m dengan trend menaik,” katanya.


Oleh itu, orang ramai terutamanya yang berhampiran di kawasan dijangka banjir diminta berwaspada dan peka dengan arahan pihak berkuasa.

Menerusi portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan seramai 5,284 daripada 1,480 keluarga dipindahkan ke 76 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 3.45 petang hari ini.

K!Online-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori