Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Negeri Sembilan Sumbang Lebih...

Seremban : Kerajaan negeri menyumbang RM527,640 kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi...

Tak Perlu Nasihat Kabinet,...

PUTRAJAYA – Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini berkata Jawatankuasa Khas Parlimen Melantik...

Pempengaruh TikTok Buat Aksi...

BALIK PULAU - Seorang pempengaruh media sosial dan 14 individu lain direman dua...

Warga Pakistan Maut Terjatuh...

BUKIT MERTAJAM - Seorang pekerja kontrak warga Pakistan maut selepas terjatuh ketika menjalankan...

40 Pusat Penanggalan Gelang Kuarantin Dibuka Selasa Ini

PUTRAJAYA : Sebanyak 40 penambahan Pusat Penanggalan Gelang Kuarantin melalui kerjasama dengan U.n.i Klinik akan dibuka Selasa ini, bagi memudahkan orang ramai mendapatkan khidmat menanggalkan peranti pengesanan digital mereka dengan lebih pantas dan efisyen.

Dalam satu kenyataan QuickMed, penyelesaian penjagaan kesihatan digital memaklumkan keputusan itu susulan kejadian lonjakan jumlah pengguna yang beratur di salah satu pusat penanggalan bagi memulangkan peranti pengesanan digital mereka selepas tamat tempoh perintah kuarantin di rumah, hari ini.

Katanya, lokasi baharu ini akan beroperasi sepenuhnya bermula Selasa ini dari pukul 9 pagi hingga 5 petang setiap hari.

“Individu yang sudah melengkapkan tempoh perintah kuarantin mereka boleh terus menghadirkan diri ke lokasi yang terdekat untuk mendapatkan khidmat penanggalan peranti pengesanan digital mereka tanpa melakukan temu janji.

“Orang ramai juga dinasihatkan bahawa kawasan menunggu di klinik-klinik ini adalah terhad dan lokasi utama QuickMed di UEM Edgenta Learning Centre yang terletak di 5, Jalan 51/217, Seksyen 51, 46050 Petaling Jaya, Selangor, kekal beroperasi pada hari dan masa yang sama,” katanya, hari ini.

Kenyataan itu menyebut, sebanyak 19 pusat di Lembah Klang, lima di Perak dan tiga di Johor.


“Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Pulau Pinang, Kedah, masing-masing dua pusat penanggalan manakala Kelantan, Perlis dan Melaka, masing-masing satu pusat penanggalan.

“Bagi mereka yang ingin mendapatkan bantuan lanjut, bolehlah menghubungi QuickMed melalui talian awam
03-30008856 atau talian WhatsApp, 019-6547181, 019-6547806, 019-654 7907, 019-6548565 atau 019-6549361 atau E-Mel, [email protected],” katanya.

Untuk maklumat lanjut dan senarai lengkap semua lokasi Pusat Penanggalan, sila layari www.uemedgenta.com/hqms.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori