Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Tangani Ancaman, Ideologi IS...

KUALA LUMPUR - Tumpuan kepada perang siber atau Cyber Warfare perlu dipertingkatkan dalam...

Kanak-Kanak Lelaki Ditemui Lemas...

KOTA KINABALU - Seorang kanak-kanak lelaki ditemukan mati lemas, pagi tadi, selepas dipercayai...

Penghantar SMS, MMS Lucah...

CYBERJAYA - Seorang lelaki yang berumur, 42 tahun, telah mengaku bersalah di atas...

Penari Gelek Dikecam, Bergelek...

SEORANG penghibur wanita, Rezeda Ganiullina mencetuskan kemarahan umat Islam di Rusia selepas menari tarian...

7 Sungai Di Paras Bahaya Di Johor Petang Ini

JOHOR BAHRU: Tujuh sungai di Johor mencatatkan paras bahaya petang ini, sekali gus dikhuatiri mampu memburukkan keadaan banjir negeri ini yang sehingga kini menjejaskan lapan daerah.

EXCO Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan, berkata sungai berkenaan membabitkan empat di Segamat, dan masing-masing satu di Muar, Tangkak dan daerah ini.

Katanya, Sungai Muar di Kampung Awat Segamat melepasi paras bahaya apabila merekodkan bacaan 21.96 meter (m), petang ini.

“Tiga lagi sungai di Segamat yang melepasi paras bahaya adalah Sungai Muar di Buloh Kasap (10.52 m), Sungai Segamat di Bandar Segamat (10.36 m) dan Sungai Lenik di Ladang Chaah (6.88 m).

“Tiga lagi sungai yang melepasi paras bahaya adalah Sungai Muar di Kampung Olak Sepam, Muar (2.51 m), Sungai Kesang di Kampung Seri Makmur, Tangkak (4.44 m) dan Sungai Skudai di Kampung Muafakat, di sini, (3.29 m) katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Vidyananthan berkata, sebanyak tujuh laluan turut ditutup kepada semua jenis kenderaan di Segamat.


Katanya, ia membabitkan Jalan Kuala Paya Balai Badang (dua m), Jalan Putting (satu m), Jalan Jabi Kampung Bukit Tempurong (0.6 m) dan Jalan Tumang (0.6 m).

“Tiga lagi laluan yang ditutup sepenuhnya berikutan dinaiki air bah adalahJalan FELDA Medoi (0.3 m),Jalan Senai-Gemas (0.45 m) dan Jalan Senai-Gemas (sektor 2) (0.4 m).

“Empat laluan lagi hanya dibuka untuk laluan kenderaan berat berikutan dinaiki air banjir adalah Jalan Sarakek (0.2 m), Jalan Tungku Tiga (0.4 m),Jalan Pogoh-Kampung Limau Nipis (0.4) manakala Jalan Mawai Lama (Sarang Burung) di Kota Tinggi (0.37 m)

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori