Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Mahu ‘Ajar’ Pemuda Hentikan...

KUALA KANGSAR - Tidak sampai 24 jam selepas insiden satu ceramah PAN 'diganggu'...

BN N. Sembilan Lancar...

SEREMBAN - Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan hari ini melancarkan portal www.bnns2rakyat.com yang...

Aksi Aliff Syukri Masa...

JUTAWAN kosmetik yang terkenal dengan tagline 'terlajak laris', Datuk Alif Syukri sememangnya cukup...

Perkasa Tak Tunduk Dan...

KUALA NERUS - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berpegang teguh kepada prinsip perjuangannya...

Agaknya Sibuk Nak Buat “Content”

Wahai Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengapa anda tersangat kecoh? Cukup-cukup sudah. Tenang-tenang sahaja.

Andai anda ikhlas untuk membantu mangsa banjir di Johor mengapa tidak berkompromi saja dengan peraturan pihak berkuasa?

Anda kata berasa kesal parti MUDA anda tidak dibenarkan membantu mangsa banjir walaupun telah membuat permohonan.

Anda mempersoalkan apakah tindakan itu bertujuan menghalang anda dan parti MUDA daripada meneruskan aktiviti bantuan.

Dok pusing ke mana pun anda akan kaitkan dengan politik. Ayat paling kerap anda ulang UMNO, UMNO dan UMNO.

Rakyat Johor juga boleh mempersoalkan mengapa anda begitu beria-ria mahu memberi bantuan banjir secara terus kepada mangsa?

Banyak NGO yang menghulurkan bantuan mengikut saluran yang telah ditetapkan. Segalanya berjalan dengan lancar dan teratur.

Ingat ini Johor. Sejak bencana banjir berlaku di negeri ini para mangsa banjir diuruskan dengan begitu baik dan cemerlang.

Segala bantuan dihulurkan dengan “synchronize” dan teratur tanpa memungkinkan risiko buruk penularan Covid-19.


Setakat ini kita kurang dengar berita-berita kekhilafan melampau dalam bantuan kepada mangsa banjir Johor.

Jika ada sedikit kelewatan di lokasi tertentu pun tidak sehingga mengundang kemudaratan besar seperti di Selangor.

Ada dua persoalan seterusnya iaitu adakah anda sebenarnya terlalu ghairah untuk menonjolkan parti MUDA di mata mangsa banjir?

Adakah kerana anda dan MUDA sebenarnya berasa kesal tidak dapat buat “content” TikTok, Instagram dan sama waktu dengannya?

Rakyat Johor ditimpa musibah banjir tidak peduli pasal “content” media sosial atau nilai-nilai politik kerana yang mereka perlukan adalah bantuan.

Dan kerajaan Johor telah melakukan yang terbaik dengan penuh sukses tanpa mempedulikan agenda politik mana-mana pihak.

Jika ikhlas turuti sahaja peraturan telah ditetapkan kerana yang penting agihan bantuan dapat dilakukan secara saksama dan adil kepada setiap mangsa.

-Mynewshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori