Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

PBNJ Peruntuk 100 Tiket...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) memperuntukkan sebanyak 100 keping...

Rancang Banyak Program P’bangunan...

BATANG SADONG (Sarawak) - Banyak lagi pembangunan infrastruktur yang dirancang dan bakal dilaksanakan...

JPA Rangka Pelan Induk...

PUTRAJAYA - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang merangka Pelan Induk Pengurusan dan Pembangunan...

UMNO: Di Manakah Tengku...

PEREBUTAN jawatan Presiden UMNO  30 Jun ini diramal sengit memandangkan tiga calon utamanya...

Agihan Kerusi PN Sehari Dua Lagi

SHAH ALAM : Agihan kerusi parti komponen Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan diputuskan sehari dua hari lagi.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata PN juga akan membuat keputusan dalam tempoh terdekat sama ada bertanding di semua 56 kerusi DUN Johor, selain akan memperhalusi calon-calon yang akan mewakili PN pada PRN berkenaan.

“Apa yang penting, hasrat kita bertanding untuk mendapatkan sokongan dan mandat rakyat Johor membentuk Kerajaan PN di peringkat negeri,” katanya yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Muhyiddin berkata demikian pada sidang media selepas Muzakarah PAS BERSATU 2022, di sini hari ini.

Hadir sama, Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Muhyiddin berkata, PAS dan BERSATU akan menyertai PRN Johor sebagai PN dan semua parti komponen juga akan menggunakan logo PN pada pilihan raya itu.

Muhyiddin juga berkata pihaknya akan mengambil maklum mengenai keputusan PRN Melaka sebelum ini untuk menghadapi PRN Johor.

“Kami ambil maklum apa yang berlaku dalam Pilihan Raya Negeri Melaka. Sudah tentu Johor negeri yang lebih besar, jumlah pengundinya lebih banyak. DUN lebih besar dan kami melihat keputusan Melaka untuk meletakkan strategi yang lebih sesuai,” katanya.


Mengenai muzakarah selama dua hari itu yang bermula semalam, Muhyiddin berkata, ia detik bersejarah bagi PAS dan BERSATU yang dapat duduk semeja bagi mengupas banyak perkara mengenai hala tuju PN.

Sementara itu, ketika membacakan resolusi muzakarah berkenaan, Muhyiddin berkata, antara resolusi berkenaan ialah PAS dan BERSATU beriltizam ke arah mewujudkan kestabilan politik dalam negara serta bersetuju mendukung prinsip bersama di atas nilai integriti, kejujuran dan kestabilan dan perpaduan yang inklusif.

Katanya BERSATU dan PAS juga bersetuju untuk menuju visi dan hala tuju bersama ke arah mengukuhkan PN, menolak budaya politik ekstrem dan menawarkan penyelesaian bagi memulihkan negara.

Muhyiddin berkata, PAS dan BERSATU turut bersetuju memperhalusi strategi dan pendekatan bagi mengukuhkan ummah dan nasional merentasi platform bukan politik berteraskan nilai kepercayaan bersama.

Katanya, PAS dan Bersatu juga menegaskan sokongan mereka dalam Kerajaan Persekutuan bersyarat, perlu dihormati dan dirundingi di atas nilai integriti, antirasuah dan berkebajikan.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori