Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Dicaci Kerana Gelaran Datuk,...

Masih ingat lagi dengan kontroversi yang melanda salah seorang ahli kumpulan lawak Cecupak...

Lelaki Prihatin Bagi Selipar,...

HANYA kerana dikerumuni oleh ramai orang untuk mengambil gambar bersamanya, pelawak Zizan Razak...

Cadangan Wajibkan AIS Pada...

KUALA SELANGOR - Kerajaan bercadang mewajibkan pemasangan Sistem Pemantauan Automatik (AIS) pada bot...

Isu MB: Otai Reformasi...

PETALING JAYA - Otai Reformis menuntut penjelasan kepemimpinan pusat PKR mengenai pembatalan surat...

Agong Ziarah Mangsa Banjir Di Rompin

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menziarahi dan menyantuni mangsa banjir di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Keratong, Rompin, Pahang, hari ini.

Menurut kenyataan Istana Negara di Facebook, Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah turut berangkat mengiringi baginda.

Keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah disambut Yang Dipertua Majlis Daerah Rompin, Ahmad Nasim Mohd Sidek dan pemimpin setempat.

Pada lawatan bermula jam 12 tengah hari itu, Al-Sultan Abdullah meluangkan masa dua jam menyantuni dan beramah mesra bersama mangsa banjir di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Keratong 1 dan PPS SK Keratong 2.

“Baginda turut mengurniakan sumbangan kepada mangsa banjir di dua PPS itu bagi mengurangkan beban ditanggung akibat musibah banjir,” kata kenyataan itu.


Sejumlah 96 mangsa banjir daripada 29 keluarga ditempatkan di PPS SK Keratong 1, manakala 211 mangsa daripada 61 keluarga pula di PPS SK Keratong 2.

Selesai lawatan, baginda singgah di restoran Kentucky Fried Chicken Bandar Rompin untuk santapan tengah hari.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori