Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Dzulkifli Mahu SPRM Mesra...

KEPALA BATAS - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Dzulkifli Ahmad...

Pesawat Pelatih Tentera Terhempas...

BANGKOK - Sebuah pesawat pelatih Tentera Udara Diraja Thailand (RTAF) terhempas ketika menjalani...

Mahathir Tolak Cadangan UMNO...

SERDANG - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menolak cadangan UMNO Johor supaya...

Dr Mahathir Harap PH...

PORT DICKSON - Tun Dr Mahathir Mohamad berharap Pakatan Harapan (PH) akan diberikan...

AMANAH Johor Sudah Lengkapkan Senarai Calon PRN

JOHOR BAHRU : Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor sudah melengkapkan senarai calon membabitkan 20 kerusi yang akan ditandinginya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, nanti.

Pengerusinya, Aminolhuda Hassan, berkata senarai calon itu akan disahkan kepemimpinan tertinggi parti sebelum ia diumumkan nanti.

“Senarai calon AMANAH untuk PRN Johor sudah ada, namun belum disahkan lagi oleh pucuk pimpinan apatah lagi perbincangan bersama parti yang akan bersama PH nanti akan dimuktamadkan sehari dua ini.

“Selepas ia disahkan nanti akan ada sidang media pengumuman Pakatan Harapan (PH) Johor termasuk parti lain yang akan sah menyertai kita pada PRN Johor nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyertai sarapan pagi bersama Presiden AMANAH, Mohamad Sabu dan pimpinan PH Johor di Permas Jaya, hari ini.

Sementara itu, Aminolhuda yang juga Pengerusi PH Johor berkata, AMANAH akan mengemukakan 14 calon muka baharu daripada 20 kerusi yang ditandinginya pada PRN Johor nanti.


“Enam calon pada PRU-14 akan dikekalkan dan 14 muka baharu akan ditampilkan nanti.

“Pada PRU-14 lalu, AMANAH bertanding hanya 12 kerusi namun dengan pertambahan 20 kerusi kali ini, lebih banyak muka baru dapat dicalonkan,” katanya.

Hari ini, PKR dan AMANAH masing-masing dilaporkan akan bertanding 20 kerusi, manakala DAP pula 16 kerusi pada PRN Johor, nanti.

Presiden AMANAH, Mohamad Sabu, dilaporkan berkata keputusan berkenaan agihan kerusi itu berjaya dimuktamadkan kelmarin.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori