Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Isteri Dibunuh Sebab Bekerja...

SEORANG lelaki beragama Islam, Imran Khan mengakui telah membunuh isterinya sendiri hanya kerana...

Bodyguard Salman Khan ‘Belasah’...

SEORANG peminat setia bintang Bollywood terkenal Salman Khan mengalami mimpi buruk apabila tindakannya hendak...

2 Pemain Piala Presiden...

GEORGE TOWN - Dua pemain skuad bola sepak Piala Presiden Pulau Pinang cedera...

KKMM Kaji Internet Jalur...

KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Multimedia(KKMM) sedang mengkaji untuk menyediakan Internet jalur...

AMANAH Tak Pernah Bincang Kerjasama Dengan PAS

Kuala Terengganu : Parti Amanah Negara (AMANAH) tidak pernah menawarkan diri untuk bekerjasama dengan PAS dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.

Presiden AMANAH Mohamad Sabu berkata, perbincangan ke arah itu tidak pernah dibangkitkan dalam mana-mana mesyuarat parti berkenaan.

“Kami tak pernah bincang tajuk itu (kerjasama) jadi nak setuju macam mana… PAS ini dia akan berubah setiap minggu… minggu depan kita tak tau dia nak kata apa pula.

“Sebab pemimpin macam ini lah susah kita nak pegang… setiap minggu dia akan ubah pendirian dia… jadi kita tak boleh pegang apa yang dia nak bercakap minggu depan,” katanya ketika ditemui selepas Ceramah Isu Semasa – Kerajaan Lemah Tiada Integriti di sini, malam tadi.

Sebelum ini, media melaporkan PAS akan bekerjasama dengan AMANAH untuk PRN Johor jika parti itu meninggalkan DAP.

Ketika ditanya sama ada AMANAH akan bekerjasama semula dengan BERSATU, Mohamad berkata, perkara itu akan dibincangkan.


“Ada kategori (iaitu) satu parti , satu lagi mereka yang mengkhianati PH (Pakatan Harapan) itu, kita akan lihat kategori yang lain,” katanya.

Mengenai perkembangan PRN Johor pula, Mohamad berkata, persiapan awal untuk menghadapi pilihan raya bersama gabungan yang lain dalam PH berjalan lancar.

“Kita tak dapat lagi tarikh bila penamaan calon dan bila hari mengundi (tetapi) persediaan awal sedang berjalan dengan lancar.

“Antara persediaan itu seperti sekarang ini berunding dengan rakan-rakantentang pengagihan kerusi… ini yg sedang dijalankan sekarang secara intensif supaya kita dapat selesai kalau boleh sebelum Tahun Baharu Cina ini,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori