PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir yang dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah.
Menurut MetMalaysia, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang itu dijangka berlaku sehingga pukul 10 malam ini.
“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Betong, Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong) dan Bintulu (Tatau) di Sarawak manakala di Sabah: melibatkan Sandakan (Telupid, Kinabatangan dan Beluran) dan Kudat (Pitas dan Kudat) sehingga 10 malam, Khamis, 20 Januari.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelasnya.
UtusanOnline-