Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Jolie Upah Orang Pantau...

SELEBRITI popular Hollywood, Angelina Jolie mendedahkan dia kini mengupah satu pasukan keselamatan yang...

Calon Presiden: Ku Li...

SEDIA... Tengku Razaleigh Hamzah mengakui sedia berdebat dengan dua lagi calon Presiden UMNO,...

Saksi: Suspek Nampak Tenang,...

SUSPEK utama insiden pengeboman di kuil Erawan Shrine di Bangkok, Thailand yang dikatakan...

Mangsa Banjir Mungkin Pindah...

SETIU - Mangsa banjir di Terengganu berkemungkinan akan berhadapan dengan beberapa kali lagi...

Anwar, Mat Sabu Akan Dipanggil Beri Keterangan – Fahmi

KUALA LUMPUR : Beberapa pemimpin utama pembangkang termasuk Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu akan dipanggil polis untuk memberi keterangan.

Ia berhubung penyerahan memorandum mengaitkan isu pemilikan saham membabitkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki di Parlimen pada 20 Januari lalu.

Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil yang mengesahkan perkara ini berkata, pejabat pemimpin-pemimpin itu telah dimaklumkan mengenai perkara itu.

“Saya dimaklumkan oleh pegawai penyiasat tadi (ketika direkodkan keterangan) yang pemimpin-pemimpin ini akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

“Namun saya tidak dimaklumkan mengenai tarikh (mereka akan dipanggil),” katanya kepada pemberita selepas memberi keterangan berhubung perkara sama di IPD Dang Wangi, di sini, hari ini.


Selain Fahmi, Ahli Parlimen Petaling Jaya Datuk Maria Chin Abdullah turut datang memberi keterangan hari ini.

Mengulas lanjut, Fahmi memberitahu, antara pemimpin lain turut tersenarai akan dipanggil adalah Pengerusi Lembaga Penasihat PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

-Awani

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori