Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Dr Vida Kecewa Prestasi...

PETALING JAYA - Kecewa kerana Kelantan masih gagal mengutip tiga mata penuh, penaja...

Pelajar IPTA Didakwa Miliki...

KUALA LUMPUR - Seorang pelajar tahun akhir sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA)...

Terengganu Kemas Kini Jumlah...

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri sedang mengemas kini jumlah keseluruhan mangsa yang terbabit dalam...

Siasatan Video Dikaitkan Dengan...

KUALA LUMPUR - Siasatan bagi mengesahkan ketulenan video yang dikaitkan dengan seorang menteri...

Arab Saudi Tetapkan Selang Masa 10 Hari Untuk Umrah Kedua

RIYADH : Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menetapkan selang masa 10 hari untuk pengeluaran permit antara dua ibadah umrah merangkumi semua peringkat umur jemaah.

Saudi Gazette, yang memetik kenyataan kementerian itu di Twitter, melaporkan jemaah boleh membuat tempahan untuk umrah kedua melalui aplikasi Eatmarna atau Tawakkalna selepas tempoh 10 hari menunaikan umrah pertama.

Keputusan itu dibuat selepas kementerian itu kembali melaksanakan langkah berwaspada dan protokol kesihatan seperti pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal di Masjidil Haram, Makkah serta Masjid Nabawi, Madinah.

Tindakan itu didorong kebimbangan kerana lonjakan kes jangkitan COVID-19 terutama penularan varian Omicron yang semakin meningkat.


Sebelum ini, selang masa 15 hari ditetapkan antara dua umrah, namun ia dibatalkan pada Oktober lalu selepas pelonggaran sekatan COVID-19.

Ini termasuk membenarkan had kapasiti penuh untuk jemaah berusia 12 tahun ke atas menunaikan solat di kedua-dua masjid suci dan menziarahi Raudhah di Masjid Nabawi.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori