Arak itu haram disisi Islam. Arak itu memudaratkan. Jika merokok merbahaya kepada kesihatan, arak jauh lebih menjahanamkan insan dan masyarakat.
Maka tiada sebarang justifikasi untuk mengalu-alukan atau mempertahankan keburukan minum arak dalam aspek kesihatan mahupun agama.
Jadi kenyataan pengasas Parti MUDA, Syed Saddiq bukan satu kesalahan untuk ahli MUDA minum arak seperti dilaporkan media ibarat suatu bencana.
Mendakwa ia bukan kesalahan selagi tidak melanggar lunas undang-undang dan menggesa orang ramai menghormati itu hak peribadi umpama kecelakaan.
Malaysia sebuah negara majoriti rakyatnya beragama Islam dan perlembagaannya mengangkat Islam sebagai agama rasmi.
Namun demikian Islam itu indah dan tidak bersifat memaksa, maka dalam keadaan tersebut bukan Islam tidak disekat minum arak.
Bagaimanapun Malaysia tidak mengiktiraf minum arak sebagai perbuatan yang wajar dan perlu dihormati. Aspek kesihatan juga begitu.
Implikasi kenyataan Syed Saddiq itu sangat besar kerana beliau seorang bekas menteri, ahli politik dan tergolong sebagai orang muda.
Maka sebagai seorang ahli politik yang mengangkat dirinya sebagai pemimpin muda negara sangat berbahaya membuat kenyataan itu.
Dibimbangi ia boleh mempengaruhi pemikiran orang muda Malaysia bahawa minum arak adalah ok dan semua orang perlu menghormati peminum arak.
Sekiranya begitulah nilai kerajaan MUDA jika menang PRU kelak, maka tunggulah kemusnahan sosio hidup tidak terperi masyarakat Malaysia.
Syed Saddiq wajar menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf seandainya telah terkilaf.
-Mynewshub