Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Nenek Beralas Tikar Tunggu...

KUALA LUMPUR - Nenek dan ahli keluarga remaja lelaki berusia 17 tahun yang...

PAS Sedih Komen Tidak...

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan kesal dengan pihak yang sedang...

Polis Sedia Buat Ujian...

SHAH ALAM - Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman sedia melakukan ujian poligraf...

Aplikasi Khusus Sempena Tahun...

BENTONG - Kerajaan negeri Pahang memperkenalkan aplikasi Visit Pahang Malaysia bagi memudahkan pelancong...

Bantuan Kerusi Roda Khas B40

KUALA LUMPUR : Taman Asuhan dan Kanak-kanak Cacat (Tasputra Perkim) dengan kerjasama Pertubuhan Latter-Day Saints (LDS) dari Amerika Syarikat (AS), akan menyumbang keperluan kerusi roda kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

Pengerusi Tasputra Perkim, Elahe Norman, berkata sumbangan kerusi roda daripada LDS itu bukanlah kerusi roda biasa, tetapi ia dibuat khas demi keselesaan penggunanya.

Katanya, kerusi roda ini istimewa kerana setiap individu layak akan diukur dari aspek keselesaan tubuh badannya supaya ia dapat digunakan dengan cara yang betul.

“Ada sesetengah pengguna kerusi roda ini apabila dilihat dari cara penggunaanya, kita dapat lihat ada yang besar, ada yang kecil sehingga mengganggu keselesaan mereka untuk bergerak.

“Jadi, sumbangan yang diberikan oleh LDS ini amatlah dihargai kerana ia berkualiti dan apa yang penting penggunanya dapat manfaat.

“Kami berbesar hati dapat membantu untuk mendapatkan akses kepada kualiti kerusi roda daripada LDS ini yang diperlukan oleh golongan sasaran,” katanya kepada BH, di sini, hari ini.

Katanya, Tasputra dan LDS sudah bekerjasama sejak lebih sedekad yang lalu dalam membantu mereka yang benar-benar memerlukan.


“Justeru mereka yang berdepan masalah kecacatan fizikal seperti palsi serbrum, tulang belakang, pemotongan anggota badan dan sebagainya khusus dari golongan B40 boleh mendapatkan bantuan ini.

“Apa yang mereka boleh lakukan ialah datang ke Tasputra pada 29 Januari bermula jam 9 pagi hingga 4 petang dan mereka yang layak akan diutamakan.

“Individu terlatih juga akan mengajar bagaimana untuk menggunakan kerusi roda itu,” katanya.

Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh berhubung di talian 03-42516100 atau 011-21025515.

Kerjasama ini turut disertai NGO lain iaitu IMU Cares dari Universiti Perubatan Antarabangsa, Rotary District 3300 dan Yayasan Beautiful Gate.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori