Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Hukuman Sebat Kelantan Tak...

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017)...

Berdosa Solat Jumaat ‘Sembunyi-Sembunyi’,...

KUALA LUMPUR - Pengurusan masjid yang mendirikan solat Jumaat secara ‘sembunyi-sembunyi’ kelmarin, dianggap...

KLIA & KLIA2: Parkir...

SEPANG - Pengendali lapangan terbang Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) menyediakan ruang parkir...

AMK Minta Faizoull Jelaskan...

KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggesa Pengerusi pasukan bola sepak Felda...

Batal Permit Jika Ramai Lulusan Memandu Terbabit Nahas

KOTA BHARU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menggantung atau membatalkan permit institusi memandu yang mengeluarkan ramai calon yang dikesan terbabit dalam kemalangan jalan raya dan tidak mematuhi undang-undang jalan raya.

Tindakan itu akan dijalankan menerusi kaedah melekatkan kod di lesen memandu pengguna jalan raya bagi memudahkan pihak berkuasa mengesan dari mana pesalah itu menerima latihan pemanduan.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan, Datuk Zailani Hashim, berkata kaedah itu masih dalam peringkat cadangan namun akan disenaraikan di bawah sistem e-Testing selepas dilancarkan pada 1 April nanti.

“Kita dalam proses memberi kod di lesen memandu, jika didapati melakukan kesalahan (jalan raya) atau terbabit dalam kemalangan, pesalah itu lahir dari institut memandu mana.

“Kaedah ke arah pendigitalan ini dijadikan seperti ‘audit tracking’ untuk mengetahui ada sesuatu yang tidak kena atau pengajaran serta modul yang tidak diikuti dengan betul.

“Jika banyak rekod kesalahan atau kemalangan jalan raya termasuk menyebabkan kemalangan maut dikesan dari sesuatu institusi memandu ini, kita tidak teragak-agak menggantung atau membatalkan permit,” katanya di Akademi Memandu Anda Sdn Bhd, di Melor, hari ini.

Mengulas lanjut, Jawatankuasa Perlesenan Institut Memandu mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan sama ada menggantung atau membatalkan permit sesebuah institusi memandu dan menarik balik sijil tenaga pengajar yang tidak berkelayakan.


Tindakan yang bakal dikenakan itu disifatkan sebagai bentuk pengajaran kepada calon serta institusi memandu agar memberi latihan mengikut modul dengan cara yang betul.

“Bagi permit institut memandu, tindakan boleh diambil mengikut Kaedah 27 di bawah Kaedah-kaedah Sekolah Memandu 1992 untuk menggantung dan membatalkan permit bagi yang melanggar syarat permit.

“Kaedah 28 di bawah Kaedah-kaedah Kenderaan Motor 1992 pula bagi tindakan menggantung dan membatalkan sijil mengajar pengajar institut memandu jika guru sekolah memandu terbabit melanggar syarat, tidak berkelayakkan atau terbabit jenayah,” katanya.

Berdasarkan rekod sedia ada, terdapat kira-kira 10,569 pengajar SPIM yang sudah disijilkan dan bilangan itu dijangka terus meningkat kerana sentiasa mendapat permohonan daripada institut memandu.

Akademi JPJ katanya, menyasarkan 1,500 peserta kursus dari intistitut memandu seluruh negara dan sebagai pembuka tirai, sebanyak 10 siri kursus SPIM dengan pembabitan 253 kursus dianjurkan.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori