Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

200 Kes Termasuk Dua...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan merekodkan 200 kes termasuk dua kematian berkait cuaca...

Isteri Hamil Lagi, Fad...

TAHNIAH diucapkan kepada pelawak terkenal Fad Bocey bersama isterinya, Syaheera, 22, kerana tidak...

Polis Tahan 2 Lelaki...

KUNAK - Polis menahan dua lelaki disyaki membuat dan menjual bom ikan dalam...

Ecoworld London Meterai Janji...

KUALA LUMPUR – Usaha sama 70 peratus milik Eco World International Bhd (EcoWorld...

Bayi Kembar Orang Asli Lahir Dalam Bot Di Tasik Banding

GERIK: Sepasang bayi kembar selamat dilahirkan dalam sebuah bot ambulans ketika melalui Tasik Banding untuk ke hospital di Gerik pada Sabtu lepas.

Kelahiran dua bayi berkenaan disambut oleh pegawai perubatan, jururawat masyarakat dan penolong perawatan kesihatan Klinik Pos Kemar.

Menurut Jabatan Kesihatan Perak dalam laman Facebook rasmi pada Selasa, kejadian itu berlaku sewaktu usaha membawa seorang wanita Orang Asli dengan usia kandungan 35 minggu ke Hospital Gerik.

Wanita berusia 31 tahun itu mengalami sakit hendak bersalin ketika pemeriksaan dilakukan oleh jururawat masyarakat yang membuat lawatan ke rumahnya.

“Dengan tindakan pantas anggota kesihatan, ibu tersebut selamat melahirkan bayi kembar dengan berat 2.4 dan 1.3 kilogram.

“Kesemua mereka dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh bagi menjalani rawatan susulan,” kata kenyataan itu tanpa menyebut menyatakan jantina bayi kembar berkenaan.


Proses kelahiran itu dianggap satu detik bersejarah buat anggota kesihatan terlibat kerana dilakukan dalam keadaan bot yang sedang bergerak tanpa peralatan lengkap.

Untuk rekod, Pos Kemar merupakan sebuah penempatan Orang Asli di kawasan Gerik dan penduduk menggunakan bot sebagai pengangkutan utama untuk keluar masuk.

Perjalanan dari perkampungan itu untuk ke Hospital Gerik mengambil masa hampir dua jam menggunakan laluan air dan darat.

Awani-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori