Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Mangsa Banjir Di Terengganu...

KUALA TERENGGANU - Jumlah mangsa banjir di Terengganu terus meningkat kepada 1,479 orang...

Gambar: Padah Parkir ‘Block’...

GARA-GARA berang dengan kenderaan yang diparkir hingga mengganggu lalu lintas dan menghalang laluannya, seorang...

Pengurusan Kes Rayuan Peguam...

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan menetapkan 6 April untuk satu lagi pengurusan kes rayuan...

Meriahkan Kempen #IslamIsFirstClass TV...

MULAI 10 April TV AlHijrah melancarkan kempen #IslamIsFirstClass dengan matlamat meningkatkan kesedaran umat...

Beberapa Stesen LRT, MRT, Monorel KL Ditutup

KUALA LUMPUR : Rapid KL memaklumkan penutupan sementara waktu beberapa stesen perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) dan Monorel KL mulai jam 7 pagi hingga 3 petang hari ini, atas nasihat polis susulan perhimpunan dianjurkan di kawasan LRT Bangsar pagi ini.

Menurut poster dimuat naik di Twitter pagi ini, Rapid KL berkata, penutupan laluan LRT Ampang/Sri Petaling membabitkan stesen Pudu, Masjid Jamek, Hang Tuah, Bandaraya, Plaza Rakyat dan Sultan Ismail.

Laluan LRT Kelana Jaya pula membabitkan stesen Pasar Seni, Dang Wangi, Masjid Jamek dan Kampung Baru.

“Laluan MRT Kajang (Pasar Seni, Bukit Bintang dan Merdeka), manakala Monorel KL membabitkan semua stesen. Tren tidak akan berhenti di semua stesen berkaitan.


“Kaunter konsesi Rapid KL di LRT Pasar Seni juga ditutup. Stesen lain beroperasi seperti biasa dan sila rancang perjalanan anda,” katanya.

                                   

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori