Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Isi Borang Pulang Ke...

KUANTAN - Orang ramai yang ingin meninggalkan kediaman untuk pulang ke kampung pada...

Lepas Bergelar Ibu, Erin...

DI kala rakan seusianya masih lagi berseronok dengan kehidupan bujang, Erin Malek ternyata...

Doktor ‘Badut’ Rawat Pesakit...

MELBOURNE – Sekumpulan doktor di sini memakai kostum badut ketika membuat rawatan terhadap...

PKR Disaran Tangguh Pemilihan...

KUALA LUMPUR - PKR disaran menangguhkan sementara pemilihan parti itu dan menangani kelemahan...

Beijing Berang Kapal Perang AS Belayar Di Laut China Selatan

BEIJING – Sebuah kapal perang Amerika Syarikat (AS) belayar merentasi Laut China Selatan hari ini sekali gus mengundang amaran tentera China ketika ketegangan antara dua kuasa besar dunia itu terus meruncing.

Tentera Laut AS menyatakan, kapal perang USS Benfold mempertahankan hak dan kebebasan belayar di sekitar Kepulauan Paracel selaras dengan undang-undang antarabangsa.

Bagaimanapun, Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) menegaskan bahawa kapal perang itu telah memasuki perairan China secara haram.

“PLA mengerahkan tentera laut dan udaranya untuk mengesan, memantau serta memberi amaran, seterusnya mengusir kapal pemusnah tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

China menuntut hampir keseluruhan Laut China Selatan yang menjadi laluan perdagangan global melibatkan barangan bernilai bertrilion-trilion dolar setiap tahun. Tuntutan China bertindih dengan tuntutan oleh Brunei, Malaysia, Filipina, Taiwan dan Vietnam.


Beijing juga meminggirkan penghakiman Mahkamah Tetap Arbitrasi yang berpangkalan di The Hague, Belanda pada 2016 bahawa tuntutan China ke atas Laut China Selatan berdasarkan sejarah adalah tidak berasas.

Berbilang tentera laut Barat dengan diketuai AS, melakukan operasi kebebasan belayar di Laut China Selatan untuk menegaskan bahawa laut tersebut adalah laluan dan perairan antarabangsa.

K!Online-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori