KUALA LUMPUR: Beregu lelaki muda negara, Chia Weijie-Low Hang Yee merangkul gelaran pertama bagi musim 2022 pada Terbuka Ukraine 2022 selepas menundukkan pasangan Denmark, Emil Lauritzen-Mads Vestergaard dalam saingat sengit tiga set, semalam.
Weijie-Hang Yee bagaimanapun bermula agak goyah apabila tewas tipis dalam set pertama, 19-21 sebelum bangkit untuk mengesahkan kejuaraan dalam dua set berikutnya dengan 22-20, 23-21.
Kemenangan itu pastinya mengubat kekecewaan mereka selepas kecundang kepada gandingan Singapura, Danny Bawa Chrisnanta-Andy Kwek 13-21, 21-23, pada final Terbuka Sweden minggu lalu.
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi hari ini mengucapkan tahniah kepada gandingan muda itu.
Dalam pada itu, impian pemain perseorangan negara, Ong Ken Yon untuk merangkul kejuaraan antarabangsa pertamanya disekat pemain pilihan ketiga, Christo Popov dari Perancis 21-14 22-20.
Bernama-