Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

2 Penyanyi Dakwa Dianiaya,...

DUA penyanyi yang didakwa memasukkan dadah ke dalam minuman pengarah, Datuk Farid Kamil...

Wanita Antara 2 Ditahan...

PETALING JAYA - Seorang wanita adalah antara dua individu yang ditahan kerana dipercayai...

PRU14: Nasihat Ku Li...

KUALA LUMPUR - "Undi untuk keamanan, undi untuk kestabilan dan undi untuk perpaduan....

Bekalan Mata Wang Asing...

KUALA LUMPUR - Persatuan Perniagaan Perkhidmatan Wang Malaysia (MAMSB) memberi jaminan bekalan mata...

BERSATU Sudah Kenal Pasti Calon Kerusi DUN Gambir Gantikan Muhyiddin

KUALA LUMPUR : Parti BERSATU sudah mengenal pasti calon sesuai untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Ketua Penerangan BERSATU Johor, Mohd Solihan Badri, berkata calon bakal menggantikan Muhyiddin yang membuat keputusan untuk tidak mempertahankan kerusi itu pada PRN Johor kelak diyakini mempunyai kelayakan selain mendapat sokongan dan diterima akar umbi.

“Tan Sri Muhyiddin sudah meminta kepemimpinan Bahagian BERSATU Ledang menyerahkan senarai calon yang berkelayakan kepada beliau kerana DUN Gambir terletak di bahagian ini.

“Justeru, saya sebagai Ketua Bahagian BERSATU Ledang sudah mengenal pasti calon yang sesuai untuk menggantikan Tan Sri Muhyiddin di DUN Gambir, kerana calon ini mempunyai kelayakan selain mendapat sokongan dan diterima akar umbi,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Semalam, Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU mengesahkan beliau tidak akan bertanding bagi mempertahankan kerusi DUN Gambir yang disandangnya sebelum ini bagi membolehkan lebih ramai calon muka baharu ditampilkan parti itu dalam PRN Johor.

Mohd Solihan berkata, keputusan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu juga dibuat kerana beliau mahu fokus dan memberi komitmen untuk memperkasakan jentera parti bagi menewaskan Barisan Nasional (BN) kali ini.

Katanya, tanpa terikat sebagai calon, bekas Perdana Menteri kelapan itu boleh memberi fokus sepenuhnya untuk tugas pengurusan dan operasi jentera PN di seluruh Johor.

“Beliau berpendirian, dominasi kerajaan BN mesti ditamatkan dan UMNO yang menjadi teras gabungan itu tidak lagi mampu bangkit selama-lamanya selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 akan datang.

“Keputusan beliau berundur juga tidak menjejaskan prestasi atau memberi kesan negatif, sebaliknya mampu menggandakan pengukuhan dan kekuatan jentera parti bagi menewaskan BN pada PRN Johor kali ini,” katanya.


Beliau berkata, apabila tidak lagi terikat sebagai calon pilihan raya, Muhyiddin mempunyai lebih banyak masa untuk fokus kepada strategi dan tindakan untuk memperkukuhkan peluang calon PN memenangi PRN Johor.

Katanya, BERSATU Johor yakin, sebagai ahli politik dan pemimpin parti yang berpengalaman mengarahkan pengurusan pilihan raya kecil, PRN serta Pilihan Raya Umum (PRU), Muhyiddin mampu memberi kemenangan kepada calon PN dalam PRN ini.

“Jadi inilah kesan positif tindakan Muhyiddin kepada BERSATU Johor dan akhirnya meraih kemenangan pada PRN Johor, seterusnya pada PRU Ke-15,” katanya.

Pada PRU Ke-14, Muhyiddin menang di DUN Gambir selepas memperoleh majoriti 3,088 undi mengalahkan calon BN, Datuk M Asojan serta calon PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memaklumkan tarikh penting iaitu hari penamaan calon, hari mengundi awal dan mengundi biasa bagi PRN Johor selepas mesyuarat khas mereka pada 9 Februari ini.

PRN Johor diadakan selepas Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar pada Sabtu lalu berkenan menandatangani watikah pembubaran DUN Johor bagi memberi laluan kepada PRN.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori