Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Jangkitan HFMD Di Selangor...

SHAH ALAM - Jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Selangor berada...

“Bas Kami Tidak Pernah...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) tidak berniat mencetuskan provokosi berikutan...

Apple Watch Bakal Memasuki...

CEO Apple, Tim Cook memberitahu bahawa Apple merancang untuk melancarkan Apple Watch di...

“Tak Sabar Tunggu PRU-15”...

LANGKAWI - Kira-kira seminggu lagi, Pakatan Harapan (PH) bakal menyambut ulang tahun pertamanya...

Biden, Putin Saling Bertukar Ugutan

WASHINGTON : Presiden Amerika Syarikat (AS) dan Rusia dilihat saling bertukar ugutan antara satu sama lain, apabila Joe Biden memberi amaran kepada Vladimir Putin beliau sedia bertindak balas terhadap sebarang pencerobohan ke atas Ukraine.

Putin pula dilihat tidak gentar dengan ancaman itu dengan menegaskan sekatan anti-Moscow akan menjadi satu ‘kesilapan besar’.

Selepas panggilan telefon selama 50 minit, kedua-dua presiden itu menyatakan sokongan untuk mencapai diplomasi selepas kebuntuan yang semakin tegang antara kedua-dua negara kuasa dunia tersebut.

Penasihat Polisi Luar Rusia, Yury Ushakov berkata, Putin dilihat ‘berpuas hati’ dengan keseluruhan perbincangan tersebut.

Pegawai Kanan AS yang enggan dikenali pula memberitahu, panggilan telefon itu kedengaran agak ‘serius’ dan ‘substantif’.

Ushakov merujuk kepada ancaman berulang Washington terhadap sekatan ekonomi intensif sebagai tindak balas terhadap serangan Ukraine.

Rusia sebelum ini didakwa mengumpulkan 100,000 ribu tentera berhampiran sempadan Ukraine.


Tindakan itu sekali gus menimbulkan kebimbangan apabila Moscow pernah merampas Semenanjung Crimea dan pemberontakan pro-Moscow tercetus di timur Ukraine, 2014.

AS dan Rusia dijadualkan mengadakan satu lagi pertemuan 10 Januari depan.

Namun, tidak dapat dipastikan sama ada perundingan tersebut akan melibatkan pertemuan Putin dan Biden atau pemimpin lain.

Dalam pertemuan itu, kedua-dua negara dijangka mengadakan perbincangan mengenai kawalan senjata nuklear dan krisis antara Rusia dengan Ukraine.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori