Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Tart Nanas Gulung Ungguli...

KOTA BHARU - Menjelang Aidilfitri pelbagai jenis biskut raya pastinya menjadi pilihan sama...

RON95 Ikut Harga...

BANGI - Harga jualan petrol RON95 bagi golongan berpendapatan tinggi adalah mengikut harga...

Majoriti Rakyat Dijangka Fahami...

KUALA LUMPUR - Kebanyakan anggota masyarakat dijangka memahami implikasi cukai barang dan perkhidmatan...

3,000 Pemilik LPS Perak...

IPOH - Lebih 3,000 keluarga yang memiliki Lesen Pendudukan Sementara (LPS) di Perak...

Bila Syed Saddiq Mahu Dedah Hasil Audit?

Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada 2019 dengan bangga memaklumkan lawatan sambil belajar sebuah pasukan keselamatan dalam negara ketika itu dibayar syarikat loteri Da Ma Cai.

Rakyat Malaysia khususnya umat Islam Malaysia terperanjat dan kurang selesa dengan tajaan tersebut kerana judi haram di sisi agama dan ia juga aktiviti yang tidak bermoral pada mata masyarakat.

Memulakan tahun 2022, kisah itu harus diangkat sebagai `case study’ penting berhubung aspek integriti (penajaan dan bantuan) kepada mana-mana pihak berkepentingan rakyat di negara ini.

Bukan sahaja tentang jabatan atau agensi kerajaan, malah tentang parti atau ahli politik. Sebagai contoh Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Seperti diketahui beliau antara ahli politik yang kerap menggerakkan program kutipan dana sama ada mengunakan platform kawasan Parlimennya atau parti baharunya, MUDA.

Sebelum ini, beliau pernah melaporkan berjaya mengutip dana hampir RM900,000 yang dikatakan untuk membeli komputer riba untuk salah sebuah program anjuran beliau.

Secara keseluruhan, Syed Saddiq dan pasukannya mengumpulkan dana RM1,438,401.71 sejak Disember 2020 sehingga Julai tahun lalu melalui pelbagai kutipan dana.


Syed Saddiq namun pernah memaklumkan beliau telah menjemput firma audit untuk mengaudit program-program kutipan dananya.

Bagaimanapun sehingga hari ini wakil rakyat Muar itu masih belum mendedahkan laporan audit tersebut kepada umum.

Laporan audit profesional seperti itu andai telah lengkap penting untuk sampai kepada pengetahuan orang ramai bagi mengesahkan dari mana dan ke mana wang kutipan dibelanjakan atau disalurkan.

Lebih-lebih lagi ahli politik merupakan pihak yang akan mentadbir negara jika menang pilihan raya. Sebarang unsur `termakan budi’ pihak yang tidak sepatutnya agak berbahaya kepada rakyat dan negara.

Untuk pengesahan yang lebih tepat pengauditan `due diligence’ wajar dilaksanakan selepas proses audit luar selesai supaya konsep “true and fair view” tidak dimanipulasi.

-Mynewshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori