Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Undang-Undang Pencegahan Senjata Ampuh...

SYDNEY –  Undang-undang pencegahan yang ada di Malaysia merupakan senjata ampuh yang berkesan...

Denda RM25,000, Penjara 3...

KUALA LUMPUR: Siasatan awal Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati produk penyedut hidung atau Energy...

‘Penyamun’ Sambut Hari Lahir...

SUDAH namanya penjenayah, tidak mengira tempat dan waktu apabila adanya peluang, pasti digunakan...

Gimik Buku Sekolah Sindir...

KESETIAAN kepada Raja dan Negara... Ayat prinsip kedua Rukun Negara itu memang dihafal...

BNM Dijangka Kekal Kadar Faedah Sehingga Julai

KUALA LUMPUR : Bank Negara Malaysia dijangka akan menunggu sehingga Julai sebelum meningkatkan kadar faedah memandangkan ia sedang memerhati tahap pemulihan ekonomi, menurut hasil dapatan undian Reuters.

Meskipun kadar inflasi meningkat di atas unjuran BNM iaitu 2 hingga 3 peratus pada November, namun ia dijangka menyusut kembali ke dalam beberapa bulan akan datang.

Undian pada 10 hingga 14 Januari oleh Reuters melibatkan 23 pakar ekonomi menunjukkan BNM akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 1.75 peratus sehingga akhir Jun.

Kesemua pakar ekonomi itu tidak menjangkakan sebarang kenaikan pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari Khamis ini.

“Bank Negara Malaysia akan kekal akomodatif untuk menyokong pertumbuhan sehingga pertengahan 2022 apabila kita jangkakan pemulihan ekonomi akan lebih berdaya tahan,” kata pakar ekonomi ANZ Debalika Sarkar yang dipetik Channel News Asia.

“Kami jangka kenaikan pertama akan berlaku pada suku ketiga 2022 dan ia akan lebih bersifat simptomatik normalisasi dasar berbanding pengetatan,”


Pandangan itu selari dengan jangkaan pertengahan yang didapati melalui undian Reuters, yang mengunjurkan kenaikan kadar faedah kepada 2 peratus pada suku ketiga.

Inflasi Malaysia meningkat kepada 3.3 peratus pada November susulan gangguan rantaian bekalan global dan kenaikan harga bahan bakar dan ia dijangka kembali stabil tahun ini.

Angka itu dijangka kembali reda pada 2.5 peratus pada 2.21 kepada 2.1 peratus hingga 2 peratus tahun ini.

Bagaimanapun rantaian bekalan mungkin akan terus terjejas akibat pandemik COVID-19.

-Awani

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori