Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Tajul Ariff Elak Keluar...

PENYANYI Tajuk Ariff, 19, memberitahu dia membuat keputusan untuk tidak keluar di tempat...

Tiada Kerja Pembinaan Ketika...

GEORGE TOWN - Tiada kerja-kerja pembinaan dijalankan di tapak pembinaan projek Lebuhraya Berkembar...

Penjawat Awam P.Pinang Dapat...

GEORGETOWN - Penjawat awam dalam perkhidmatan awam negeri Pulau Pinang akan menerima bonus...

Rafiq, Amy Kwan Dinobat...

KUALA LUMPUR - Setelah lima kali sekadar disenarai pendek, jaguh tenpin boling negara,...

Boleh Tukar Nama Akaun TNB Kepada Penyewa

Kuala Lumpur : Pemilik premis mempunyai pilihan untuk membuat pertukaran nama akaun (COT) ke atas nama penyewa dalam tempoh penyewaan bagi memastikan pengurusan akaun yang lebih teratur selain menjaga kepentingan pemilik premis.

Ketua Pegawai Runcit Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Ir Megat Jalaluddin Megat Hassan berkata, berdasarkan rekod TNB, sebahagian pemilik premis kediaman dan komersial ada menyewakan premis mereka.

Katanya, dengan penukaran nama pemilik akaun kepada penyewa, semua tanggungjawab penggunaan dan pembayaran bil elektrik adalah di bawah tanggungjawab penyewa.

“TNB memberi kemudahan untuk membuat COT melalui portal myTNB di www.mytnb.com.my atau dengan mengunjungi Kedai Tenaga yang berdekatan.

“Maklumat dan dokumen sokongan yang diperlukan bagi pertukaran nama juga boleh diperoleh di portal myTNB.

“Pemilik premis masih boleh memantau penggunaan dan pembayaran bulanan penyewa dari semasa ke semasa melalui portal dan aplikasi myTNB,” katanya dalam kenyataan.


Berkenaan aduan pemilik premis selaku pengguna berdaftar yang dibebani bil elektrik berikutan penemuan kesan-kesan pengusikan meter atau pepasangan TNB oleh penyewa pengusaha Bitcoin, Megat berkata, cadangan langkah di atas boleh mengurangkan risiko pemilik premis terpaksa menanggung hutang bil elektrik penyewa.

“Pada masa yang sama, kami sentiasa membuka ruang kepada pengguna untuk berjumpa bagi mendapatkan penerangan dan perbincangan lanjut,” katanya.

Menurutnya, pengguna juga digalakkan untuk menghubungi TNB CareLine di talian 1300885454 bagi sebarang pertanyaan atau menempah janji temu untuk ke Kedai Tenaga di https://www.mytnb.com.my/tnbtemujanji.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori