Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

JDT Lawan Persahabatan Dengan...

KUALA LUMPUR - Pasukan Johor Darul Takzim (JDT) akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan...

Video: Isteri Curang Mengaku...

BETAPA dunia sekarang sudah semakin 'dahsyat' sampai kecurangan antara suami dan isteri pun...

Singapura Sedar Rancangan Militan...

SINGAPURA - Pihak berkuasa Singapura tidak terperanjat dengan penangkapan enam suspek militan di...

7 Penjuru DUN Bugaya,...

SEMPORNA - Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya bakal menyaksikan...

Calon PKR Dimuktamadkan Selepas Mesyuarat PH Esok

PORT DICKSON: PKR akan memuktamadkan calon bakal bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, esok selepas mendapat maklumat daripada pimpinan Pakatan Harapan (PH) Johor.

Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata pihaknya akan mendapatkan pandangan semua pimpinan parti dalam PH sebelum memutuskan soal calon yang akan bertanding pada PRN Johor nanti.

Beliau berkata, jumlah kerusi bakal ditandingi parti pembangkang juga belum ditentukan dan mungkin satu mesyuarat diadakan esok bersama parti komponen bagi meneliti perkara itu.

Katanya, logo yang akan digunakan juga masih dalam perbincangan dan mungkin satu logo saja sesuai untuk PRN Johor.

“Kita akan bincang lagi (mengenai logo), walaupun orang sudah biasa dengan logo PKR, namun esok PH akan putuskan selepas bermesyuarat dengan pimpinan PH dan Johor.

“Berkenaan calon, kita ada orang muda, berpengalaman, wanita dan kita masih melihat kesesuaian di setiap kawasan sebelum diagihkan jumlah kerusi setiap parti yang akan bertanding,” katanya selepas program sembang santai anak muda di sini, petang tadi.

Anwar berkata, sebelum ini pihaknya tidak bersetuju Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dibubarkan kerana bimbang masalah pandemik COVID-19 yang masih belum reda.

“Mereka (UMNO) tidak peduli, kita harap biarlah kerajaan yang mereka tadbir ini berjalan seperti biasa kerana keadaan masih tidak selamat, kita perlu tumpu kepada soal COVID-19 dan banjir yang masih belum selesai lagi tetapi akhirnya PRN terpaksa diadakan selepas pembubaran DUN Johor.

“Mereka (UMNO) yakin akan dapat majoriti besar, jadi mereka bubarkan (DUN) sedangkan bantuan banjir belum sampai lagi, rumah yang rosak belum dipulihkan, tetapi mereka nak tumpu pada PRN dengan kos ratusan juta,” katanya.

Susulan itu, Anwar berkata, gabungan pasukan pembangkang terpaksa bertanding dengan segala kekuatan dan strategi bagi menentang UMNO pada PRN Johor ini.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya bimbang dengan prosedur operasi standard (SOP) yang mengekang kebebasan berkempen seperti berlaku di PRN Melaka tempoh hari.

Beliau berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sepatutnya memberi kebebasan bersuara bagi memberi keadilan kepada semua parti bertanding.


“PH tetap mempertahankan prinsip kebebasan bersuara untuk memberi keadilan sama rata kepada parti bertanding,” katanya.

“Kita juga belum putuskan jumlah kerusi setiap parti pembangkang dan kemungkinan esok ada satu lagi mesyuarat bagi membincangkan hal itu (jumlah kerusi) bersama parti kemponen,” ujarnya.

Tambahnya, tentang logo yang akan digunakan masih dalam perbincangan dan kemungkinanmenggunakan satu logo yang sesuai untuk PRN Johor.

“Kita akan bincang lagi (tentang logo) dan orang sudah biasa dengan menonjolkan logo Keadilan (PKR) namun esok kita (PH) akan putuskan selepas bermesyuarat dengan pimpinan PH dan Johor.

“Kita juga bimbang dengan prosedur operasi standard (SOP) yang mengekang kebebasan seperti yang berlaku di PRN Melaka tempoh hari.

“Dia (UMNO) nak Pilihan Raya tapi kebebasan disekat (SOP) dan ini yang mereka gunakan untuk kita menemui rakyat dan ini terbukti semasa PRN Melaka dulu,” ujarnya.

Katanya lagi, kita akan menghadapi masalah kerana SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) seperti memilih untuk membisu.

“Mereka (SPR) sepatutnya lebih memberikan kebebasan untuk bersuara dan jika ini dilaksanakan (tiada kempen terbuka), ia amat tidak adil untuk kami.

“Kami (PH) tetap mempertahankan prinsipkebebasan bersuara untuk memberi keadilan sama rata kepada parti bertanding,” katanya

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori