Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Dubai Arah Pemilik Pastikan...

DUBAI - Pihak berkuasa Dubai sudah mengarahkan semua pemilik bangunan tinggi di negara...

Wanita Jual Darah Ular...

JAKARTA – Sebuah video yang tular di media sosial Indonesia memaparkan aksi seorang...

Rahsia Fungsi Sebenar Lubang...

SETELAH bertahun-tahun lamanya mengikat tali kasut, agak melucukan apabila kita tak pernah tahu tentang...

Maszlee Nafi Masuk 1MDB...

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, menafikan laporan media yang mendakwanya...

Cheng Hoe Nafi Dirisik Melaka United

BEKAS pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe menafikan khabar angin bahawa dirinya sudah dirisik pengurusan Melaka United untuk menjadi ketua jurulatih baharu pasukan itu bagi mengharungi kempen Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Sebagai rekod, skuad Sang Kancil ketika ini giat mencari ketua jurulatih bagi menggantikan posisi yang ditinggalkan oleh Zainal Abidin Hassan selepas ­khidmatnya tidak lagi diperlukan pada saingan musim baharu kali ini.

Namun, Cheng Hoe mengakui tetap terbuka dengan sebarang tawaran daripada mana-mana pasukan Liga Malaysia selepas mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai pe­ngendali Harimau Malaya awal bulan ini.

“Saya tidak menerima sebarang tawaran daripada Melaka United dan itu adalah khabar angin semata-mata. Namun, saya tidak menolak sebarang kemungkinan pada masa akan datang jika ada tawaran menarik yang diberikan,” katanya secara ringkas kepada Kosmo! semalam.

Selain dikaitkan menjadi pe­ngendali Melaka United, Cheng Hoe juga sebelum ini dilaporkan bakal kembali ke bekas pasukan bimbingannya, Kedah Darul Aman (KDA FC) sebagai pengarah teknikal bermula musim ini.


Cheng Hoe sebelum ini pernah membimbing skuad Helang Merah pada 2014 hingga 2017 dan membantu pasukan itu menjua­rai trofi Liga Premier, Piala Malaysia dan Piala Sumbangsih.

Pengendali berusia 54 tahun itu dianggap sebagai salah seorang jurulatih berpengaruh di Malaysia selepas menjadi pe­ngendali Harimau Malaya sejak 2018 sebelum meletakkan jawatan bulan ini selepas prestasi hambar pasukan pada kempen Piala AFF Suzuki 2020 yang lepas.

Zainal pula menjadi pengendali Melaka United sejak 2018, tetapi sentuhannya tidak lagi diperlukan walaupun berjaya membantu pasukan mara ke pe­ringkat separuh akhir Piala Malaysia tahun lepas.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori