Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Scha Bawa Bayi Bercuti...

PETALING JAYA - Pelakon Scha Al-Yahya, 29, menganggap keputusannya membawa anak sulungnya, Lara...

Syor Khairy Bertanding Di...

SEREMBAN : Penyandang kerusi Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dialu-alukan jika berminat bertanding di...

Hukum Pelaburan PNB Dan...

SHAH ALAM - Jabatan Mufti Negeri Selangor memutuskan bahawa hukum pelaburan Permodalan Nasional...

KM Sambut Baik Layanan...

KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyambut baik...

Co-opbank Pertama Tawar Moratorium Banjir

KUALA LUMPUR: Co-opbank Pertama (CBP) mengumumkan pemberian moratorium kepada pelanggannya yang terjejas akibat bencana banjir yang melanda beberapa negeri sejak pertengahan Disember lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Khairil Anuar Mohammad Anuar, berkata langkah itu diambil sebagai tanda keprihatinan bank koperasi terbabit, selaras prinsip CBP iaitu prihatin terhadap komuniti.

Beliau berkata, permohonan moratorium bencana banjir boleh dibuat oleh pelanggan terjejas secara dalam talian menerusi pautan https://bit.ly/MBCBP2021, bermula 3 Januari ini hingga 28 Februari 2022.

“Bagi pelanggan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta koperasi, permohonan boleh dikemukakan terus melalui e-mel kepada [email protected],” katanya.


Beliau berkata, cawangan CBP akan menghubungi pelanggan dan memaklumkan status permohonan moratorium mereka melalui sistem pesanan ringkas (SMS).

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori