Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Irfan Perlu Capai Jarak...

KUALA LUMPUR - Atlet lempar cakera kebangsaan, Muhammad Irfan Shamsuddin perlu membuat lontaran...

Teknologi Wireless Charging Baharu,...

Wireless charging atau pengecasan tanpa wayar merupakan cara lebih mudah bagi mengecas peranti...

Lebih Banyak Stadium Bakal...

KUALA LUMPUR - Lebih banyak stadium dan gelanggang sukan di bawah pengurusan Perbadanan...

Harga RON95, Diesel Diturunkan...

PUTRAJAYA - Harga runcit bahan api subsidi RON95 dan diesel diturunkan di bawah...

Dagangan Bursa Malaysia Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meningkat ketika mengakhiri dagangan tidak menentu pada Khamis, dipacu oleh sokongan belian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih didahului oleh Petronas Chemicals dan Maybank, kata peniaga.

Kedua saham itu menyumbang sejumlah 4.04 mata dalam kenaikan indeks petunjuk utama itu.

Pada jam 5 petang, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 6.31 mata atau 0.4 peratus kepada 1,569.51 daripada 1,563.20 pada akhir dagangan Rabu.

Indeks penanda aras itu dibuka susut 1.24 mata kepada 1,561.96 dan berlegar sekitar 1,560.29 dan 1,570.14 sepanjang sesi dagangan hari ini.

Sentimen pasaran bagaimanapun negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 642 berbanding 343 manakala 398 kaunter tidak berubah, 884 tidak diniagakan dan 40 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan meningkat kepada 3.46 bilion unit bernilai RM2.14 bilion berbanding 3.37 bilion unit bernilai RM1.91 bilion, semalam.

Sementara itu, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata FBM KLCI ditutup tinggi susulan minat belian berterusan ke atas saham-saham wajaran tinggi terpilih seperti minyak dan gas, perladangan dan perbankan pada saat-saat akhir dagangan.

“Indeks serantau utama menunjukkan aliran lebih rendah berikutan jangkaan bahawa Rizab Persekutuan AS (Fed) akan menaikkan kadar faedah pada seawal Mac 2022,” katanya.

Pasaran Nikkei 225 Jepun susut 0.96 peratus kepada 28,489.13 manakala Indeks Hang Seng Hong Kong naik 0.11 peratus kepada 24,429.77, Indeks Straits Times Singapura meraih 0.08 peratus kepada 3,257.62 dan Kospi Korea Selatan jatuh 0.35 peratus kepada 2,962.09.

Di peringkat domestik, Thong berkata FBM KLCI masih cuba untuk melepasi paras rintangan teknikal pada 1,570.

“Sekiranya ini dapat dilakukan, indeks itu berkemungkinan bergerak ke arah paras 1,600. Secara amnya, kami kekal optimis namun berhati-hati dan mengunjurkan aktiviti pembelian akan berterusan.

Selain itu, kami juga berhati-hati terhadap faktor luaran berikutan ketidaktentuan pasaran susulan laporan media mengenai kemungkinan pihak Fed AS menaikkan kadar faedah,” katanya.


Berikutan itu, FBM KLCI diunjur mencatat dagangan dalam jajaran 1.565-1,575 menjelang akhir minggu ini.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank naik 9.0 sen kepada RM8.50, Petronas Chemicals menokok 15 sen kepada RM9.15, CIMB dan TNB masing-masing meraih 3.0 sen kepada RM5.59 dan RM9.10 manakala Public Bank susut 1.0 sen kepada RM4.24.

Bagi saham aktif, Pegasus Heights dan VSolar masing-masing tidak berubah pada 1.0 sen dan 1.5 sen manakala AHB Holdings susut 8.0 sen kepada 20 sen dan MQ Technology turun setengah sen kepada 8.0 sen.

Di papan indeks menyaksikan Indeks FBM Emas meningkat 13.66 mata kepada 11,315.72, Indeks FBMT 100 menokok 18.43 mata kepada 11,012.83, Indeks FBM Emas Syariah berkurangan 2.85 mata kepada 12,074.49 manakala FBM ACE merosot 94.01 mata kepada 6,488.63 dan FBM 70 menguncup 89.04 mata kepada 14,136.21.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 127.92 mata kepada 16,222.83, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.78 mata kepada 206.10 manakala Indeks Perladangan naik 34.06 mata kepada 6,773.98.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama susut pada 2.08 bilion saham bernilai RM1.91 bilion berbanding 2.11 bilion saham bernilai RM1.66 bilion pada Rabu.

Selain itu, jumlah waran bertambah kepada 241.93 juta unit bernilai RM30.63 juta daripada 212.08 juta unit bernilai RM27.91 juta, semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada bilion saham bernilai RM102.71 juta berbanding 1.04 bilion saham bernilai RM217.64 juta sebelumnya.

Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang sejumlah 450.38 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama manakala produk dan perkhidmatan perindustrian (530.50 juta), pembinaan (87.09 juta), teknologi (248.60 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (95.89 juta), hartanah (323.30 juta), perladangan (15.70 juta), REIT (12.08 juta), dana tertutup (23,400), tenaga (176.05 juta), penjagaan kesihatan (44.11 juta), telekomunikasi dan media (23.03 juta), pengangkutan dan logistik (55.26 juta) serta utiliti (22.79 juta).

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori