Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

DAP S’gor Mahu Tanding...

Pengerusi DAP Selangor Gobind Singh Deo berkata parti itu berhasrat untuk bertanding kerusi...

PKP: 20 Orang Kehadiran...

KUALA LUMPUR - Majlis akad nikah dibenarkan di Pejabat Agama dan masjid dengan...

Zahid Mahu Bertemu Wartawan...

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini memberi pilihan...

Malaysia, Pakistan Meterai Perjanjian...

PUTRAJAYA - Malaysia dan Pakistan hari ini memeterai satu Perjanjian Ekstradisi bagi mengukuhkan...

Dakwa Mahdi Di Sabah, Pemilik Akaun FB Disiasat

PADANG RENGAS : Polis menyiasat pemilik akuan Facebook yang mendakwa kononnya Imam Mahdi berada di Sabah melalui penstriman langsung, baru-baru ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, berkata beliau sudah mengarahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Perak serta Ketua Polis Daerah (KPD) Kuala Kangsar menyiasat.

Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

“Ketika merakam video siaran terbabit, pelakunya di sebuah kedai di Sayong Lembah, Kuala Kangsar. Jadi saya sudah arahkan Ketua JSJ Perak dan KPD Kuala Kangsar menjalankan siasatan biarpun setakat sekarang belum dimuktamadkan lagi bentuk siasatan yang dijalankan,” katanya di Lubuk Merbau, hari ini.

Ditanya kemungkinan perkongsian video itu ada kaitan dengan ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) Sittah Annur, Mior Faridalathrash berkata, perkara itu masih dalam siasatan.


Video lapan minit 56 saat memperlihatkan seorang lelaki menunjukkan koleksi pedang dan keris yang dijual di sebuah kedai di Sayong Lembah, tersebar sejak semalam.

Menerusi rakaman itu, lelaki itu mendakwa kononnya bakal berlaku perhimpunan ulama dan kemunculan Imam Mahdi yang difahamkan berada di Sabah.

Hasil semakan setakat jam 8 malam ini mendapati video terbabit sudah dipadam.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori