Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Datuk Bandar Gesa Perancis...

BIADAP dan tidak bertamadun! Datuk Bandar Venelles yang terletak di selatan Perancis tegar menggesa...

PAS Kritik Kerajaan Pusat...

SHAH ALAM - Kritikan PAS terhadap Kerajaan Persekutuan hanya untuk memastikan negara ditadbir...

Mazidul Akmal Makin Pulih...

SETELAH jatuh sakit diserang angin ahmar sekitar Jun lalu, keadaan kesihatan wartawan terkenal yang...

Janin Dalam Kandungan Tunjuk...

SEPASANG suami isteri dari Santaquin, Utah, Amerika Syarikat telah berkongsi sekeping foto hasil...

Deposit SSPN 2021 Cecah RM3.01 Bilion

PETALING JAYA: Deposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) mencatatkan jumlah RM3.01 bilion, sekaligus rekod terbaharu berbanding tiga tahun sebelumnya.

Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, jumlah tersebut menunjukkan peningkatan sebanyak RM1.02 bilion atau 50.95 peratus berbanding deposit pada tahun 2020 iaitu RM1.99 bilion.

Katanya, jumlah keseluruhan deposit simpan SSPN terkumpul setakat tahun lalu adalah RM10.88 bilion.

“Penerimaan deposit berjumlah RM3.01 bilion bagi tahun 2021 meningkat 167.08 peratus berbanding sasaran tahun sebelum ini iaitu sebanyak RM1.8 bilion.

“Penerimaan ini juga merupakan 27.63 peratus keseluruhan deposit yang diterima sejak SSPN diperkenal pada 2004,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Wan Saiful berkata, bagi prestasi pembukaan akaun baharu SSPN pada tahun lalu pula, sebanyak 421,281 dibuka berbanding sasaran tahunan iaitu sebanyak 400,000 akaun.

Menurutnya, pencapaian berkenaan menunjukkan peningkatan 105.32 peratus berbanding sasaran tahunan.


Secara keseluruhan, bermula tahun 2004 sehingga 31 Disember tahun lalu, sebanyak 5.24 juta akaun simpanan SSPN dibuka.

Dalam pada itu, beliau berkata, PTPTN berjaya membantu sebanyak 140,977 pelajar yang ditawar melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT) menerusi pinjaman pendidikan berjumlah RM3.51.

“Daripada jumlah tersebut, seramai 70,412 pelajar atau 49.95 peratus adalah dari golongan berpendapatan rendah (B40) dan kurang berkemampuan dengan melibatkan jumlah pinjaman sebanyak RM1.95 bilion.

“Pinjaman yang diberikan PTPTN secara tidak langsung memberi peluang kepada mereka untuk merealisasikan impian mereka sekali gus menyumbang ke arah pembangunan modal insan kelas pertama,” jelasnya.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori