PAS tidak dapat menerima tawaran empat kerusi daripada BN untuk mereka bertanding dalam pilihan raya negeri Johor.
“Melaka nak beri dua kerusi. Johor nak beri empat…
“Takkan kita minta sedekah kerusi-kerusi ini? PAS bukan minta sedekah.
“PAS ada kekuatan sendiri,” kata Presiden PAS Abdul Hadi Awang, menjawab soalan pemberita.
Dalam video bercakap kepada media yang dimuat naik di media sosialnya sebentar tadi, Hadi juga berkata soal kerusi belum ditentukan.
Rundingan juga, katanya, belum dibuat.
Sebelum ini tular satu klip video menunjukkan Pengerusi Umno Johor Hasni Mohammad
mendedahkan Umno Johor menawarkan empat daripada 56 “kerusi boleh menang” kepada PAS.
Bagaimanapun, katanya, PAS tidak bersetuju denhan lebih berminat dengan tawaran 15 kerusi daripada Bersatu.
Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum ini berkata tawaran itu “bukan cara yang baik” untuk mengukuhkan kerjasama kedua-dua parti.
-Malaysia Kini