Monday, July 8, 2024

Creating liberating content

Shaheizy Sam, Syatilla ...

PASANGAN selebriti popular, Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin yang bakal menimang cahaya mata...

4 Lelaki Ditahan Disyaki...

JOHOR BAHRU - Polis menahan empat lelaki kerana disyaki memukul seorang penyelia kilang...

Kanak-Kanak Lelaki Tidur Panjang...

NEW YORK - Seorang budak lelaki berusia tujuh tahun membuatkan pakar perubatan bingung...

Welson Sim, Fatehah Dinobat...

KUALA LUMPUR – Perenang sensasi negara, Welsom Sim dan ratu berbasikal trek negara,...

Dollah Salleh Kemalangan

Kuala Lumpur : Pengurus pasukan Sri Pahang FC, Dollah Salleh berdepan detik cemas apabila kenderaan yang dinaikinya secara tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbabas ke gaung di laluan Juasseh-Kapitan, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu menyebabkan jurulatih berusia 57 tahun itu cedera ringan sebelum dikejarkan ke Hospital Kuala Pilah untuk rawatan lanjut.

Situasi sama turut melanda isteri dan anaknya apabila turut dimaklumkan mengalami kecederaan ringan kesan daripada kemalangan terbabit.

Sementara itu, gambar dan keadaan bekas pengendali Harimau Malaya itu terbabit dengan kemalangan tular di media sosial.

Menerusi gambar terbabit kelihatan Dollah dan ahli keluarga dalam keadaan selamat sebelum mereka dibawa ke hospital menggunakan ambulan.


Malah, tindakan pantas orang ramai termasuk penduduk kampung berhampiran menghulurkan bantuan awal menyelamatkan mereka daripada sebarang kejadian tidak diingini.

Difahamkan, kemungkinan Dollah dan keluarga dalam perjalanan pulang ke Kuantan, Pahang, sebelum terbabit dalam kemalangan itu.

Sementara itu, Arena Metro ketika menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah mengesahkan ada menerima laporan berkaitan kemalangan terbabit namun tiada mangsa yang tersepit manakala mereka sudah pun dibawa ke hospital.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori