Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Putera Mahkota, Salman Abdulaziz...

RIYADH - Putera Mahkota, Salman Abdulaziz Al Saud dinamakan sebagai Raja Arab Saudi...

Awek Bertudung Bangga Tayang...

AMBOI, dah cantik bertudung litup tetapi sayang, terpapar sesuatu objek di bahagian lidah...

NGO Empower Disyaki Terima...

KUALA LUMPUR - Pejabat Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower) di Petaling Jaya yang...

Amalan Tauhid Perlu Jadi...

BAGAN SERAI - Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini bertitah amalan tauhid...

Emas Dijangka Diniagakan Rendah Minggu Depan

KONTRAK niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan rendah minggu depan, menjejaki prestasi yang sama di penanda aras pasaran niaga hadapan emas COMEX Amerika Syarikat (AS), kata peniaga.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Muhammad Fawwaz Zakaria berkata, pada minggu lepas, dagangan logam berharga itu di COMEX merosot kepada paras terendah dalam tempoh satu minggu pada Khamis berikutan minit mesyuarat Rizab Persekutuan (Fed) AS pada Disember menunjukkan kenaikan kadar faedah yang lebih cepat, meningkatkan dolar AS dan hasil perbendaharaan.

“Peningkatan pergerakan emas di COMEX dan Bursa ternyata terhad berikutan kenyataan yang menyokong kepada kadar faedah yang tinggi oleh Fed dan dolar AS yang kukuh,” katanya.

Bagi asas Jumaat kepada Jumaat, kontrak niaga hadapan emas Bursa Malaysia Derivatives bagi Januari 2022, Februari 2022, Mac 2022 dan April 2022, masing-masing kekal pada RM255.00 segram.


Jumlah dagangan dan kepentingan terbuka, masing-masing sifar.

Sementara itu, harga emas fizikal merosot RM1.42 kepada RM234.19 segram pada Jumaat daripada RM235.61 segram pada minggu sebelumnya.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori