Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Bas, Motosikal Tak Dibenar...

PERKHIDMATAN bas ekspres dan motosikal tidak dibenarkan digunakan sebagai kenderaan perjalanan rentas negeri...

Aliran Trafik Pantai Timur...

PETALING JAYA : Syarikat konsesi Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuh Raya...

Tersalah Ejaan Buruk Padahnya

KUALA LUMPUR - Sebuah papan tanda iklan di persimpangan bertingkat Lebuhraya Alor Gajah-Melaka-Johor...

Taska Boleh Tak Perasan...

Jika ada yang masih ingat, pada Januari 2013 seorang bapa menyebarkan di laman...

Enam Syarikat Telekomunikasi Sokong Usaha Bantuan Banjir KKMM

KUALA LUMPUR: Inisiatif Ops Bantu Hingga Selesai (Ops BAHIS) anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) bagi membantu rakyat Malaysia yang terkesan akibat banjir baru-baru ini, turut mendapat sokongan enam syarikat telekomunikasi di negara ini.

Enam syarikat itu ialah Celcom Axiata Berhad (Celcom), Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi), Maxis Berhad (Maxis), U Mobile Sdn Bhd (U Mobile), Telekom Malaysia Berhad (TM) dan TIME dotCom Berhad (TIME).

“Menerusi inisiatif berkenaan, syarikat telekomunikasi terbabit menggerakkan sukarelawan masing-masing bagi membantu kerja pembersihan dan sokongan lain di kediaman yang terjejas teruk akibat banjir.

“Kawasan yang terbabit adalah Taman Sri Muda (Shah Alam), Bukit Changgung (Sepang) dan Taman Sri Nanding (Hulu Langat) selama lima hari bermula 29 Disember lalu,” menurut kenyataan bersama enam syarikat telekomunikasi tersebut di sini hari ini.

Dalam pada itu, gabungan enam syarikat telekomunikasi itu turut menyatakan komitmen mereka untuk terus menyokong rakyat Malaysia di beberapa negeri yang dilanda banjir.

“Secara kolektifnya, industri sudah memperuntukkan lebih daripada RM25 juta bagi menyokong usaha bantuan banjir, termasuk memulihkan 99 peratus daripada perkhidmatan dan baik pulih rangkaian mudah alih di semua kawasan yang terjejas banjir.


“Industri juga bertungkus-lumus memulihkan lokasi yang terjejas, termasuklah bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan bagi menempatkan peralatan dalam memastikan sambungan tersedia,” menurut kenyataan bersama itu.

Pada masa sama, syarikat telekomunikasi juga menghulurkan bantuan kepada anggota mereka yang terkesan menerusi pelbagai bantuan kewangan, sementara rakan-rakan pengedar pula dibantu dengan usaha pembersihan premis mereka.

“Pihak industri akan terus memantau keadaan dan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta pihak berkuasa lain yang relevan, bagi menyokong rakyat Malaysia dalam membantu mereka mendepani tempoh yang sukar ini bersama-sama,” menurut kenyataan tersebut.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori