Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Khairul Hafiz Pecahkan Rekod...

KUALA LUMPUR – Raja Pecut negara Khairul Hafiz Jantan sekali lagi membuktikan dirinya berada dalam...

Pegawai Peluru Berpandu Taiwan...

TAIWAN: Seorang pegawai tertingi yang terlibat dalam penghasilan peluru berpandu Taiwan ditemukan mati...

Penumpang AirAsia X Selamat...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) menyifatkan kesemua penumpang AirAsia X flight...

Berang Pemandu Warga Emas...

Shah Alam : Berang selepas pemandu warga emas membelok kenderaannya secara tiba-tiba dipercayai...

Exco, Pemuda UMNO Bahagian Disebut Jadi Calon PRN

JOHOR BAHRU : Beberapa ketua pemuda UMNO bahagian negeri dijangka diturunkan sebagai calon parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, sebagai langkah menarik perhatian pengundi muda.

Sumber UMNO berkata, pertambahan pengundi muda yang signifikan di Johor hampir 750,000 orang itu menjadi antara faktor utama parti mengemukakan ramai calon muda pada PRN nanti.

“Beberapa pimpinan UMNO Pusat dan negeri memberi bayangan, kepentingan calon muda diketengahkan pada PRN Johor berikutan pertambahan pengundi muda yang besar menerusi pelaksanaan Undi18.

“Laporan yang Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) bertanding pada PRN Johor memberi tekanan kepada UMNO untuk menampilkan lebih ramai calon muda, sebagai strategi menambat hati pengundi muda.

“Antara nama calon disebut-sebut termasuklah dua Exco Pemuda UMNO, Noor Azleen Ambrose dan Bastien Onn, yang masing-masing adalah Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang dan Segamat.

“Turut disebut-disebut adalah Ketua Pemuda UMNO Johor, Mohd Hairi Mad Shah yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru, serta Naib Ketua Pemuda UMNO Johor, Mohd Fared Mohd Khalid, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Parit Sulong,” katanya kepada BH, hari ini.

Jumaat lalu, Pengerusi Perhubungan UMNO Johor, Datuk Hasni Mohammad dilaporkanCalon

berkata, UMNO dan Barisan Nasional (BN) Johor akan mendengar tuntutan semasa yang mahukan orang muda sebagai calon wakil rakyat pada PRN Johor nanti.

Namun, Hasni dilaporkan berkata, UMNO dan BN Johor tidak akan menetapkan sebarang kuota atau peratusan kerusi untuk calon muda, sebaliknya semua aspek akan dinilai bagi menentukan calon layak.


Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini menggariskan syarat calon berdasarkan konsep ‘WALI’ iaitu ‘winnable’ (mampu menang), ‘acceptable’ (diterima) dan ‘likeable’ (disenangi).

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pontian, Mohd Helmi Buang, berpandangan PRN Johor menjadi peluang terbaik kepada parti mengenengahkan lebih ramai anak muda sebagai calon wakil rakyat.

Katanya, sudah sampai masanya lebih ramai pemimpin muda berpotensi diketengahkan berikutan parti itu tidak ketandusan calon muda berbakat.

“Sekurang-kurangnya 10 ketua pemuda bahagian di Johor perlu diberi ruang dan peluang bertanding pada PRN Johor kali ini.

“Kita mengharapkan sebanyak 85 peratus calon muda diturunkan parti, namun secara realistiknya diakui ia agak sukar dilakukan.

“Bagaimanapun, saya berharap bakat pemimpin muda tidak dipersiakan pada PRN Johor kali ini.

“Apa salahnya lebih ramai ketua UMNO bahagian berjiwa besar dan memberi peluang dan laluan kepada calon muda seperti dilakukan Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang yang juga Naib Presiden, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahir Samad, yang tidak mahu bertanding,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori