Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Mohd Khairuddin Gagal Pertahankan...

KUALA NERUS : Penyandang Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali...

Permohonan Surendran Ditolak, Perbicaraan...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini menolak permohonan anggota Parlimen Padang Serai,...

Melaka United “Berwajah Baharu”...

MELAKA - Pasukan Melaka United (MU) akan "berwajah baharu" sebelum saingan Liga Super...

Rela Dipenjara Elak Hidup...

KANSAS CITY - Seorang lelaki merompak bank di sini semata-mata mahu masuk penjara kerana...

Fahami Dendam Membara PPBM

Tiada apa perlu dihairankan berhubung ugutan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap UMNO.

Memang begitulah sejak azali penubuhan PPBM berdendam kesumat ke atas pimpinan UMNO. Segala kejujuran dipersembahkan cumalah hipokrasi.

Sejarah penubuhan PPBM sahaja sudah jelas konon mahu menggantikan UMNO.

Maka apakah begitu naif untuk mana-mana pihak mempercayai PPBM akan senang hati dengan kedudukan kerajaan dipimpin Naib Presiden UMNO?

Tidak mengapa. Kita abaikan kerana itu sepatutnya menjadi pengajaran kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya ahli UMNO tentang apakah itu PPBM.

Satu-satunya perkara yang sepatutnya menghairankan rakyat Malaysia ketika ini adalah tentang PAS bersengkongkol dengan PPBM dalam ugutan tersebut.

Permusuhan politik PAS terhadap UMNO sepatutnya sudah lama berakhir selepas Piagam Muafakat Nasional (MN) dimeterai kedua-dua parti pada September 2019.

Perdamaian telah pun berlaku dan membentuk kekuatan ummah yang cukup jitu, malah disambut baik majoriti umat Islam negara ini.

Entah bagaimana pemimpin PAS selepas beberapa waktu bersekedudukan dengan PPBM dalam kerajaan PN berubah sikap sepenuhnya.

Pas menjadi proksi memujuk UMNO supaya menyerah tengkuk kepada PPBM. Kemudian bersenada bersenandung seirama menuduh UMNO itu dan ini.


Jika masih ingat pemimpin Pas mengikut rentak menuduh pimpinan UMNO mahu bekerjasama dengan PH. Menuduh pemimpin UMNO mahu bantu DAP jadi kerajaan.

Malangnya pada hari ini PN yang dianggotai Pas menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan PH meskipun dengan syarat tanpa DAP.

Bagaimanapun ada perkara penting disebalik kekalutan itu iaitu majoriti ahli Pas mahu mengekalkan piagam yang pernah dimeterai tersebut.

Ia terbukti dalam PRN Melaka pada November lalu.

Sebahagian tokoh Pas turut berusaha mempertahankan kemuafakatan Pas dan UMNO, tetapi akhirnya disingkir oleh pimpinan Pas sedia ada.

Kesimpulannya masih ada ruang untuk mengekalkan MN iaitu para ahli akar umbi Pas terus mengekalkan kerjasama dengan UMNO pada PRN Johor.

Menyedarkan dan membuka mata pimpinan Pas bahawa mereka telah tersilap dalam percaturan politik kerana gagal mengenal antara kaca dan permata.

Kemudian mengangkat tokoh Pas yang mendokong kejujuran MN sebagai barisan pimpinan baharu parti itu.

Mynewshub-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori